Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]



Page 1 of 212





Sponsor Budiey.com? Ads Text Pakej 5 Here!


+ Layari Blog Macam-Macam Ada
Klik Di Sini Sekarang!


+ Diari Seorang Wanita
Klik Untuk Tips & Resepi!




VIDEO TERBARU BUDIEY.COM
Temubual Budiey Bersama Aril AF7 - Hos Trek Selebriti




Gambar Nubhan & Band di Kuala Selangor Dalam Xpresi Kembara

time February 2nd, 2010 | category Category: Nubhan AF6 |
comment 2 Comments »

NUBHAN & BAND KONGSI DESTINASI MENARIK DI KUALA SELANGOR DALAM XPRESI KEMBARA DI TV1

Cuba memberikan peluang dan variasi artis muncul menerusi pogram traveloque yang semakin mendapat tempat di hati peminat, Xpresi Kembara yang sebelum ini memperkenalkan destinasi menarik Malaysia bersama artis-artis indie kini membawakan juga artis terkenal tanah air yang lain.

Menariknya di samping mengekalkan konsep jalan-jalan menjelajah tempat menarik di segenap negeri di Malaysia sambil menyampaikan info pelancongan dan sejarah, Xpresi Kembara turut memberikan info hiburan terkini selain turut menampilkan artis pilihan setiap minggu.

Destinasi pelancongan menarik sekitar Kuala Selangor bakal membawakan Nubhan & Band mengisi program Xpresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu) ini.

Kembara menaiki kereta mini cooper old skool bintang realiti yang sedang mencipta nama menghiasi bibir penggemar muzik tanahair menerusi single terbaru berjudul Oh Juwita itu singgah di destinasi pertama di Kota Melawati.

Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk mereka menggamit ketenangan Kota Melawati dan terus menikmati keindahan dari atas rumah api yang sememangnya tidak dibuka kepada umum.

Artis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini kemudiannya menyusuri pula sungai di Kampung Kuantan dengan menaiki sampan tradisional untuk menikmati kerlipan cahaya indah yang terpancar dari koloni kelip-kelip kedua terbesar di dunia yang dinikmatinya di Taman Kelip-Kelip Kuala Selangor.

Kepada pengemar-penggemar aktiviti memancing agar dapat menikmati hobi ini dengan lebih selamat, Xpresi Kembara berkongsi tempat menarik di Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor yang pastinya membuka kesempatan bagi pelantun lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku untuk memancing Ikan talapia bersama rakan-rakannya. Apatahlagi taman ini merupakan tarikan terbaru kepada penggemar aktiviti memancing di Negeri Selangor.

Momen-momen indah berlatarkan sawah padi yang menghijau luas di sekitar kawasan Homestay Kampung Sungai Sireh turut diabadikan Nubhan dan krew produksi di mana mereka sempat merakamkan klip video bagi lagu terbarunya Oh Juwita.

Jika sebelum ini anda hanya berpeluang menyaksikan bakat nyanyian di ketengahkan pemilik nama sebenar Ahmad Nubhan Bin Ahamad ini, namun menerusi program bersiaran setengah jam ini peminat Nubhan berpeluang menyaksikannya mempelajari tarian zapin bersama kanak-kanak di kampung itu selain turut mencuba juadah Nasi Ambang, makanan tradisi popular masyarakat Jawa yang hanya dapat di nikmati ketika sambutan perayaan dan keramaian sahaja.

Untuk menyaksikan aksi Nubhan & Band berkongsi pengalaman percutian di sekitar tempat-tempat tumpuan menarik di Kuala Selangor, jangan lupa untuk menyaksikan Ekspresi Kembara pada 6 Februari 2010 (Sabtu), jam 12.30 tengahari yang pastinya hanya bersiaran di saluran TV1.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Saksikan Xpresi Kembara Di TV1
  • Biodata Ahmad Nubhan Bin Ahamad Calon Pelajar AF 6
  • Gambar Sekitar Rakaman Xpresi Kembara Bersama Yuna di Perak
  • Xpresi Kembara Bersama Yuna Di Pulau Pangkor
  • PERJALANAN REKREASI BERSAMA BUNKFACE DI TV1
  • Paperplain Pursuit dalam Xpresi Kembara
  • Xpresi Kembara Bersama Couple di Cameron Highland
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • Yuna Ziarahi Kediaman Datuk Dan Neneknya Di Batu Gajah
  • Sekali Sekala Band Indie Popular Bercuti



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?

    time October 30th, 2008 | category Category: Gosip |
    comment 167 Comments »

    Berita tergempar! Budiey ada mendapat info berita dari sumber yang boleh dipercayai bahawa pelakon Gerak Khas yang ditangkap basah jam 3 pagi tadi ialah Norman Hakim dengan pelakon muda bernama Memey.

    Kesian kat Abby Abadi… baru beranak dah meroyan lagi.

    Diorang ni… hari tu tak mengaku yang ada hubungan skandal. Siap cakap tunjuk bukti lagi. Terus aje Allah tu bayar cash kat diorang bukti kebenaran

    Seorang pelakon lelaki dalam drama bersiri Gerak Khas yang baru sahaja mendapat cahaya mata ditangkap khalwat di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini awal pagi tadi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Amiruddin Jamaluddin berkata, pelakon itu bersama pasangannya seorang pelakon baru wanita ditahan pada pukul 3 pagi oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

    Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah JAIS mendapat maklumat bahawa kedua mereka berada dalam keadaan meragukan dalam premis tersebut.

    Metika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap berada dalam premis itu.

    Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Melawati untuk siasatan lanjut, ?katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Gambar Norman Hakim Botak
  • Norman Hakim Dibuang Dari Drama Gerak Khas
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Damages Lakonan Glenn Close, Rose Byrne, Zeljko Ivanek di RTM2

    time August 4th, 2008 | category Category: Drama |
    comment 1 Comment »

    DAMAGES : DRAMA BERSIRI INGGERIS DI RTM2

    Kepada anda peminat setia drama bersiri Inggeris berkonsepkan undang-undang, Damages yang terlepas peluang mengikuti setiap 22 episod siarannya lalu, RTM2 mengambil inisiatif menyiarkannya kembali menemui penonton setiap Rabu dan Khamis, jam 12.30 tengah malam di RTM2.

    Damages mengisahkan sekumpulan pendakwa raya berprofil tinggi di New York yang dinaungi Patty Hewes. Taraf hidupnya yang berada dalam peringkat kelas atasan membuatkan Patty Hewes disanjung tinggi dan memiliki pengaruh tersendiri.

    Namun, Patty Hewes berfikiran lebih jauh bagi memastikan ilmu dan pengalamannya tidak terbuang begitu sahaja, dia mengambil Ellen Parsons yang masih muda dan bercita-cita tinggi menjadi anak didiknya.

    Dengan pengaruh yang ada, Patty berjaya menyenaraikan nama Ellen dalam persatuan yang diterajuinya pada tahun pertama di firma guaman dikenali Hewes & Associate. Sejak itu tercetus perubahan dalam diri tiap seorang antara mereka.

    Hakikat itu mendorong teman lelaki Ellen, David Connor mahu menyusuli kejayaan dicipta teman wanitanya itu. Dia kemudiannya menerima bimbingan dan tunjuk ajar Tom Shayes, salah seorang orang kepercayaan Patty.

    Dalam pada itu, Ellen mula membayangkan imbuhan dan pulangan yang lebih besar bakal diperolehi pada masa akan datang meskipun terpaksa berdepan risiko bahaya menerusi kes yang diterima dan di bawah kendaliannya.

    Fokus firma guaman Hewes & Associate pula mula tertumpu kepada kes berat membabitkan tuduhan rasuah ke atas Arthur Frobisher, seorang pegawai eksekutif yang kaya-raya. Ternyata kekayaan pelanggannya itu membutakan mata Patty untuk membuatkan pelanggannya itu jatuh muflis.

    Di luar pengetahuan Patty, Ellen memiliki agenda sendiri bijak bertindak menyusun strategi bersama Tom Hayes untuk memanipulasikan kejayaan wanita yang dijadikan idola dalam hidupnya itu.

    Patty tidak dibenarkan langsung untuk menggunakan jalan mudah untuk meraih kekayaan Frobisher yang memiliki harta yang melimpah ruah.

    Di sebalik usaha bersungguh-sungguh itu, Patty bertarung menentang Frobisher dan orang kepercayaannya Ray Fiske, Ellen yang berada di antara saksi licik bertindak untuk menjadi duri dalam daging mengambil kesempatan membolot keseluruhan kos.

    Siri hebat yang diminati ramai ini dibintangi Glenn Close, Rose Byrne, Zeljko Ivanek, Noah Bean, Tate Donovan dan Ted Danson.

    Jangan ketinggalan meluangkan masa menyaksikan Damages, setiap Rabu dan Khamis, jam 12.30 tengah malam di RTM2.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Golden Globes Awards 2008 Nominees
  • Disclaimer
  • The Exorcism of Emily Rose di TV2
  • FILEM-FILEM SERAM POPULAR MENGISI SLOT CINEMA ON 2
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN
  • Gambar Pelakon Drama di Anugerah Skrin 2008: Part 2
  • NASHA AZIZ BINTANGI DRAMA SOFIA ADAWIYAH di RTM2
  • Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang
  • THE LION ROARS LAKONAN CECILIA CHEUNG DI RTM2



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • Profile Pelakon dan Penyanyi Betty Banafe

    time July 28th, 2008 | category Category: Betty Benafe, Profil Selebriti |
    comment 9 Comments »

    Betty Banafe
    Artis serba boleh ini tidak mengambil masa lama dikenali ramai. Selepas lima tahun dia mula mencipta nama tersendiri. Berlakon dan menyanyi sudah sebati dalam diri Betty Banafe mengikut jejak langkah bapanya seorang ahli muzik berbakat antarabangsa, Abu Bakar Banafe. Selepas album pertama Ibtisam, bakat Betty semakin menyinar di Negara Timur Tengah. Irama padang pasir ini juga digemari oleh peminatnya di Malaysia. Kini Betty dalam proses untuk menerbitkan album kedua.

    NAMA : Ibtisam Sekh Abu Bakar @ Betty Banafe
    TEMPAT LAHIR : Johor Bahru
    STATUS : Single
    PENDIDIKAN : B.A Mass Communication
    (Public Relations Major)
    BAHASA PERTUTURAN : BM, Inggeris, Arab & Jawa
    HOBI : Melancong, Menyanyi, Berlakon Pentas, Seni Persembahan
    SUKAN : Archery, Golf, Berenang, Futsal, Horse Riding
    TINGGI : 165 cm
    BERAT : 50 kg

    KERJAYA SENI
    BUAI LAJU¬LAJU, Pengarah : U¬Wei Hj. Shaari, Jun 2003, Kuala Lumpur
    Menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia, filem bertemakan drama-thriller ini juga menembusi festival filem di serata Negara seperti Cebu Film Festival di Filipina, Indian Film Festival, Bangkok Film Festival, Film Festival dan Rotterdam Film Festival. Betty Banafe turut berlakon bersama Eman Mana dan Khalid Salleh.

    FATHER, Pengarah : Aziz Satar & Baldev Singh, Februari 2004, Kuala Lumpur
    Telemovie termahal diterbitkan di Malaysia, dalam bahasa Inggeris, lakonan bersama pelakon Bollywood Kabir Bedi. Father diterbitkan dalam bentuk VCD dan diedarkan di arena antarabangsa.

    LORONG NEREKA, Pengarah : Ellie Suriaty Omar & Adlin Aman Ramli, April 2004, Kuala Lumpur
    Teater amal ini dipentaskan tujuh hari seiring dengan promosi kerajaan untuk Kempen Sosial Remaja di auditorium MTC. Projek ini menerima liputan meluas media dan kehadiran Betty mulai dirasai.

    HERING, Pengarah : A.Wahab Hamzah, Julai 2003, Kuala Lumpur
    Persembahan teater monolog ini dipentaskan di Muzium Antarabangsa sempena Festival Seni Nasional Malaysia 2003.

    DEMI ZAITUN, Pengarah : Dato’ Nordin Hassan
    Betty memegang watak Tina, mengisahkan perjalanan hidupnya dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    SARAH, Pengarah : Dato Nordin Hassan, 2006, Kuala Lumpur

    TV DRAMA & TELEMOVIES
    Delima Wanita, Musim 8, TV1, Disember 2006
    Episode 3, “Leka di ulit mimpi” – Betty sebagai Azimah.

    Tak Pulang Nak Pulang, TV1, Ogos 2006
    Telemovie untuk hari raya

    Bila Rama-rama Terkopak Sayapnya, TV1, Mei 2006
    Drama bersiri 26 episod – Betty sebagai Ani

    Sifu, TV1, 2005
    Telemovie terbitan RTM

    Senario, TV3, Julai 2005
    Sebagai artis jemputan.

    Symbiosis, TV3, Mac 2005
    Drama bersiri 24 episod untuk slot Samarinda.

    Yang Tulus, TV1, Januari 2005
    Berganding dengan Eman Manan, heronya dalam filem Buai Laju¬laju.

    Aleya Maisarah, TV3, 2004
    Betty sebagai Aleya Maisara. Telemovie ini mendapat sambutan, mencapai rating 3 juta penonton.

    Hijab & Kabur, TV1, 2003
    Drama bersiri 15 episod.

    Hijrahku, TV3, 2003
    Telemovie.

    Talkin Syahadah, TV3, 2003
    Telemovie.

    Kepulangan, TV3, 2003
    Istimewa siaran Hari Raya

    Kiranya Ku Tahu, TV3, 2002
    Drama bersiri lebih 26 episod. Sebahagian penggambaran di England dan Sri Lanka. Lakonan Betty bersama hero Malaya Rosyam Noor.

    I’m Muslim, TV2, 2002
    Istimewa siaran Hari Raya.

    Lady Anne, TV3, 2002
    Telemovie istimewa siaran Hari Raya Special.

    Nenek Sidah Dr. Syakila, TV1, 2002
    6 episod.

    Fakulty, TV1, 2001
    Drama episod.

    Dari Maisara ke Qistina, TV1, 2001
    Drama episod.

    Cats, TV India, 2001
    Telemovie terbitan antarabangsa difilemkan di India.

    Cikgu Siti, TV1, 2000
    Telemovie.

    Shahsuddin, Siva & Partner, TV1, 2000
    Sitkom 13 episod. 
     
    Nur Penyuluh Alam, NTV7, 1999
    Drama 24 episod istimewa untuk siaran Ramadhan.

    VARIASI DI TELEVISYEN
    MUSIC@RIA, ASTRO, 16 Januari 2007
    Artis undangan.

    MHI, TV3, Januari 2007
    Artis undangan.

    Stanza Dunia 07, TV1, Disember 2006

    Malam Ini, TV9, Oktober 2006
    Artis undangan rancangan muzikal diacarakan oleh Aziz Satar bersama Nash.

    Latido Raya, TV9, September 2006
    Artis undangan sempena Hari Raya.

    Muzikal Raya, TV1, September 2006
    Rancangan muzikal untuk Hari Raya.

    Wanita Hari Ini (WHI), TV3, September 2006
    Artis undangan.

    Konsert Rentak Syawal, TV9, Ogos 2006
    Betty acted as compares with Faizal Ismail (Hot FM) in this raya programmed.

    Malaysia Hari Ini (MHI), TV3, Julai 2006
    Artis undangan

    Nona, TV3, Mei 2006
    Artis undangan di ruangan kesihatan.

    Usik-usik Chef Wan, TV9, May 2006
    Artis undangan rancangan bual bicara.

    Panaroma, TV1, 2005
    Betty mengacarakan rancangan dokumentari bersiri ini.
     
    Raya Haji Special, 2005
    Penampilan istimewa Betty sempena Hari Raya Haji di Radio Johor, menyanyi diiringi kumpulan gambus Al¬Ikhwan.

    Gempak, TV1 2005
    Siaran langsung di RTM sempena tahun baru 2005. Betty dan Sharifah Shahira sebagai pengacara namun dihentikan kerana berlakunya Tsunami.

    Idola
    Rancangan bual bicara 24 episod.
     
    Akarasia, Astro RIA, 2002
    Pengacara Docu-Magazine 24 Episod.

    HMI, TV1, 2002
    Penyanyi jemputan.

    Juara Minda, TV1, 2000¬2001
    Pengacara bersama untuk game show.

    IKLAN TV & CETAKAN
    Habib Jewels, Essential Milk, Courts Mammoth, KFC, Sunlight Dishwasher, Dutch Lady.

    IKLAN
    Sony, Dermasoft, Golden Vally Condo, Neutragena, Courts Mammoth, MIMOS.

    PERSEMBAHAN
    Pembukaan Street@KL Downtown oleh KL Downtown & Pengasih di Velodroom Bandar Tun Razak, 10 Januari 2007.
    Hanya satu-satunya artis dijemput membuat persembahan oleh KL Downtown & PENGASIH. Dirasmikan oleh Dato Norza, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan

    Tahun Melawat Malaysia 2006, Bukit Bintang, oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ogos 2006

    Betty membuat persembahan di acara bergerak dibawakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia.

    Show GP Tour, anjuran Suria FM di Dataran Merdeka sebagai penyanyi undangan. September 2006.

    Perjumpaan Hari Raya – Utusan, Crowne Plaza Mutiara, 9 November 2006

    Rumah Terbuka Mangga, Saloma Bistro, 10 November 2006

    Rumah Terbuka Melodi – TV3, Sheraton Subang, 12 November 2006

    Monsoon Cup Terengganu, oleh ASTRO, 2 Disember 2006

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Betty Benafe di Festival Samrah Bintang Walk
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Gambar Betty Benafe Ibu Tiri Drama Yusuff
  • Kereta Betty Benafe Hilang Dicuri
  • Gambar Fesyen Seksi Buka Dada Betty Benafe di AJL24
  • Filem Haru Biru: Sinopsis
  • Fesyen Songket Betty Benafe di Pelancaran Mingguan mStar
  • Azizan Nin, Daphne Iking, Hannah Tan Dalam Road Home with Smiles
  • Gambar Betty Benafe di Anugerah Skrin 2009
  • Ugly Betty New Season di 8TV



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!