in , ,

Best! Sinopsis Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU Lakonan Elisya Sandha & Eyka Farhana

Jangan lupa menonton Drama Bersiri HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU Lakonan Elisya Sandha setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3. Sebelum tu, jom baca sinopsis dulu ya!

Sikap si gadis kampung yang gemar membungkus makanan lebihan tidak menjadikan alasan cintanya senang dimiliki atau ditapau oleh sesiapa sahaja. Bermula 4 Ogos 2021, saksikan drama adaptasi novel “Hello, Jangan Tapau Cintaku” dari penulis Hasreeyati Ramli menerusi slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

Siapa Pula Ingin ‘Tapau’ Cinta Elisya Sandha Ni?

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MacheAllStar United Sdn. Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip oleh Norazwanizan Awang menampilkan pelakon popular tanah air seperti Elisya Sandha (Ain Dheya), Nafiz Muaz (Ash Fayyad), Eyka Farhana (Ann Dayana) dan Syerinie Myra (Alia). Drama ini juga menampilkan Sefik Khair, Ikhwan Khairudin, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Lisdawati, Badrul Muhayat dan Cahaya Nilam sebagai pelakon.

HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Sinopsis Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Drama ini mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota.  Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan ‘Minah tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.

Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit  dalam masa dua bulan.

Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur.

Selain itu, penggemar drama Melayu jangan lupa untuk menonton Hello, Jangan Tapau Cintaku menerusi slot Lestary TV3 mulai 4 Ogos 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama ia ke udara di seluruh Malaysia.

Apabila disiarkan kelak, siri drama ini berserta sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dapat diakses untuk ditonton oleh semua untuk percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda berikutan sambutan hangat yang diterima selepas memulakan penstriman kandungan tempatan.

Dengan hasrat untuk menjadi platform destinasi bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar, para penonton juga berpeluang mengakses koleksi persembahan Korea, China dan tajuk-tajuk anime yang terkini dan paling popular.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Info Penting Drama HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

JUDUL: Hello Jangan Tapau Cintaku

EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 4 Ogos 2021

WAKTU SIARAN: Jam 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : Norazwanizan Awang

PENULIS NOVEL : Hasreeyati Ramli

PENGARAH : Idora Abdul Rahman

PRODUKSI : Mache All Star United

Sinopsis Drama Bersiri HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU

Senarai Pelakon Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

  • Nafiz Muaz sebagai Ash
  • Nur Elisya sebagai Ain
  • Syeriniemyra sebagai Alia
  • Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
  • Lisdawati sebagai Mak Jah
  • Ellie Suriaty sebagai Pak Long
  • Amyza Aznan sebagai Mak Long
  • Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
  • Sefik Khair sebagai Hakim
  • Cahaya Nilam sebagai Masniza
  • Makwan sebagai Mak Ros
  • Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren
  • Meiza Edora sebagai Aira
  • Ikhwan Khairudin sebagai Reez

Masa Siaran Drama Bersiri HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU

Hello Jangan Tapau Cintaku bakal bersiaran menggantikan drama Ayahanda di slot Lestary TV3. Drama hello jangan tapau cintaku episod 1 akan bermula pada 4 Ogos 2021, bersiaran pada jam 9:00 malam Rabu-Jumaat.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online menerusi aplikasi iQIYI Malaysia atau di website www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 10 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usahawan Kosmetik Akan Dipanggil Polis, Buat IG Live Sambil Makan Durian Berjemaah

Yung Raja Lancar Single SPICE BOY, Buka Dimensi Baru Dalam Hip-Hop Asia