in , ,

KEKASIH HATI MR BODYGUARD Drama Malaysia Paling Banyak Ditonton di Disney+ Hotstar

Kekasih Hati Mr Bodyguard ini menjadi drama tempatan paling ditonton di platform penstriman popular Disney+ Hotstar Malaysia sejak ditayangkan pada 16 Oktober lalu berbanding siri popular lain yang ditayangkan di platform tersebut.

Stesen nombor satu negara, TV3, terus memberikan kandungan terbaik dan berkualiti khas buat penontonnya apabila drama sekuel Lestary: Kekasih Hati Mr Bodyguard membuatkan hati jutaan penonton semakin membara untuk mengetahui kesudahannya di episod terakhir pada Sabtu, 6 November 2021 ini. Kehangatan bermula di episod keenam apabila drama sekuel ini berjaya meraih lebih 3 juta penonton. (sumber: Nielsen)

Kekasih Hati Mr Bodyguard diterbitkan oleh Creative Skill Solution dan diinspirasikan dari novel karya Ateen Khalid. Kekuatan drama sekuel ini terletak kepada semua yang terlibat seperti Nieza Nahar dan Hayati Ahmad selaku penulis skrip dan pengarah Emi Suffian. Apatah lagi gandingan serasi dua pelakon popular Redza Rosli dan Sharifah Rose serta barisan pelakon popular tanah air seperti Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Syafnida Shuhaimi, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin. 

KEKASIH HATI MR BODYGUARD Drama Malaysia Paling Banyak Ditonton di Disney+ Hotstar

“Saya akan ada. Saya sentiasa ada”. Itulah janji yang diberikan oleh Hadif Akashah (Redza Rosli) kepada Hana Aralyn (Sharifah Rose) bahawa dia akan sentiasa ada untuk Aralyn. Peminat drama ini tidak sabar hendak tahu apakah kesudahan bagi hubungan cinta Hadif dan Aralyn. Adakah mereka akan bersatu selepas mengharungi pelbagai rintangan?

Sekuel Kekasih Hati Mr Bodyguard menyaksikan perubahan hubungan Arayln dan Hadif selepas berlakunya tragedi hampir dirogol. Rentetan daripada peristiwa itu, Aralyn mengalami trauma hingga mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadif. Aralyn menganggap dirinya telah banyak menyusahkan Hadif dan tidak layak untuk bersama Hadif. Hidup Aralyn kembali ceria setelah berkenalan dengan Lara. Malahan, dengan bantuan Lara, Aralyn juga dapat menerima semula Hadif. Keakraban Aralyn dan Lara menimbulkan kesangsian pada Hadif. Dia mulakan siasatan dan apakah yang bakal dibongkarkan nanti? 

Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, “Kami tidak menjangka drama ini akan mendapat sambutan setelah ditunda seketika. Ramai yang  tertunggu-tunggu kesinambungan cerita ini sebab nak tahu apa kesudahan Aralyn dan Hadif. Alhamdulillah apabila penggambaran dapat disambung, semuanya berjalan dengan lancar. Bonus bagi kami apabila ratings di TV3 mencapai lebih 3 juta di episod keenam dan lebih teruja apabila drama ini menjadi pilihan nombor satu bagi penonton drama tempatan di platform penstriman popular Disney+ Hotstar Malaysia. Saya sendiri tidak sabar untuk menunggu episod terakhir pada hari Sabtu ini. Terima kasih kepada semua krew penerbitan yang telah bekerja keras menjayakan drama ini termasuk para pelakon yang telah memberi komitmen yang tinggi untuk menghabiskan drama sekuel ini.”

Jangan ketinggalan untuk terus menonton Lestary: Kekasih Hati Mr Bodyguard pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, 9.00 malam dan episod akhirnya pada 6 November 2021 ini. Kepada yang tidak berkesempatan, boleh melayari dan menonton semula di penstriman Disney+ Hotstar Malaysia. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Pertama LAGU CINTA KITA Musim Ketiga Raih Lebih 3 Juta Penonton

Usop Selamat Bertunang dengan Nur Fatihah