in , ,

Gandingan Izzue Islam & Ummi Nazeera Dalam Adaptasi Novel CINTA YANG PULANG

Drama adaptasi novel ‘Cinta Yang Pulang’ karya Wawa Akil yang mempertemukan gandingan pelakon utama Izzue Islam dan Ummi Nazeera menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 4 September ini, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.

Drama arahan Bade Hj Azmi, terbitan Suhan Movies & Trading ini turut membariskan pelakon Jasmine Suraya sebagai Thia, Fizz Fairuz (Datuk Saziman), Azwan Kombos (Zain), Melanie Tan (Balqis), Zalfa Zin (Sakinah), Areef Amran (Adib) dan Raja Azmi (Datin Hasanah).

Kisahnya berlatarkan tentang watak utamanya, Adina Insyirah yang pernah disakiti oleh pemuda bernama Noah Imran. Kemuncaknya Noah telah menuduh Dina menyebarkan gambar tidak senonoh kekasihnya, Thia. 

Gandingan Izzue Islam & Umi Nazeera Dalam Adaptasi Novel CINTA YANG PULANG

Tanpa menyiasat kebenaran di sebalik berita yang tersebar, Noah telah menghamburkan kata-kata makian dan hinaan yang benar-benar telah mencemarkan maruah diri Dina. 

Selepas perisiwa itu Dina telah berhijrah ke Australia. Selepas sahaja pemergian Dina, terbongkar kisah sebenar bahawa penyebaran gambar sebenar bahawa ianya bukan dilakukan oleh Dina.

Noah menyimpan rasa kesal yang tidak berkesudahan kerana tindakan tidak berasasnya kepada gadis itu. Selama 12 tahun dia menunggu ruang kemaafan di hati Dina untuk dirinya.

Setelah 12 tahun juga Dina sekeluarga telah kembali ke tanah air. Pertemuannya dengan Dina membuka lembaran baru untuk Noah kerana dia mula jatuh cinta pada gadis tersebut. 

Gandingan Izzue Islam & Umi Nazeera Dalam Adaptasi Novel CINTA YANG PULANG

Tetapi sebaliknya berbeza dengan penerimaan Dina. Apa yang ada dalam dirinya hanyalah rasa dendam dan benci terhadap lelaki yang sanggup menghinanya satu ketika dulu. 

Namun perancangan ibu-ibu memang hebat. Dina terpaksa menjadi PA Noah, membuka peluang Noah untuk memikat hati Dina. Lalu apakah kesudahannya? 

Saksikannya siaran bila-bila masa dan dimana sahaja menerusiportal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vida Cemas 4 Bulan Sudah Tak Datang Bulan, Mungkin Dah Menopause?

Zul Ariff & Mimifly Bergabung Hasilkan Single IYA