in , , ,

Saharul Ridzwan & Zara Zya Kembali Beraksi dalam Drama MR BIBIK di TV3 & Iqiyi

Saharul Ridzwan & Zara Zya Kembali Beraksi Di Slot Akasia Mr Bibik Temui Penonton Tv3 & Iqiyi Bermula 29 Oktober  

Kisah cinta romantik ‘Wifi Sebelah Rumah’ dan ‘Semanis Senyumanmu’ bakal melabuhkan tirainya pada hari esok (28 Oktober 2021) dan slot Akasia TV3 akan digantikan dengan drama bersiri ‘Mr Bibik’ yang menggandingkan dua pelakon handalan Saharul Ridzwan dan Zara Zya. 

Drama bersiri diinspirasi dari novel karya Aein Dhiyauddin yang bertajuk Mr Bibik akan mengisi slot Akasia bermula 29 Oktober 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada pukul 8.00 malam pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Drama Mr Bibik

Drama bersiri 20 episod terbitan Saphire Screen Sdn Bhd, diarahkan oleh Pali Yahya dengan nukilan skrip oleh Farhana Fauri menampilkan pelakon- pelakon handalan Malaysia seperti Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, dan ramai lagi. 

Aulia dan Mukhriz bertunang kerana campur tangan orang tua. Mukhriz obses dengan Aulia dari zaman remaja walaupun semua gadis mampu dimilikinya dengan mudah. Bagi Mukhriz, Aulia amat berbeza baginya. Aulia pula langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya sehingga Mukhriz diperlekehkan oleh kawan-kawannya.

Firas, seorang lelaki yang berperwatakan biasa sedang melalui fasa kecewa dalam hidupnya. Dia sanggup berhenti kerja dari sebuah syarikat besar untuk memulakan perniagaan dengan tunangnya, Arisya. Sayangnya, Firas dikhianati apabila Arisya telah berkahwin dengan lelaki lain. Hilang kerja dan juga putus tunang, Firas tidak hilang semangat malah dia tidak kisah untuk bekerja di syarikat pembersihan milik kenalannya.

Hari pertama Firas memulakan tugasnya, dia telah diarahkan untuk membersihkan rumah Aulia. Oleh kerana ada insiden yang kurang menyenangkan antara mereka berdua sebelum ini, Aulia mahu menolak servis Firas. Tambahan pula, Aulia tidak senang dengan lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah. Akhirnya Aulia terpaksa terima kerana kawannya Siti yang juga pemilik syarikat itu memberikan perkhidmatan percuma apabila tidak dapat menghantar pembantu rumah yang sudah biasa ditugaskan. 

Drama Mr Bibik

Firas pening dengan sikap pemalas Aulia dan keadaan rumah yang bersepah. Setelah hampir seminggu bekerja di situ dan pada hari terakhir, tiba-tiba rumah Aulia didatangi Mukhriz dan ayah Aulia, Tuan Halim. Mukhriz menuduh Aulia menyimpan lelaki di rumahnya. Puas Aulia dan Firas menerangkan keadaan sebenar tetapi Tuan Halim tetap kecewa. 

Mukhriz menawarkan diri berkahwin dengan Aulia untuk menutup malu Tuan Halim. Namun, Tuan Halim mahu Firas bertanggungjawab atas perbuatannya terhadap Aulia dan mendesak Firas untuk menikahi anaknya. Tuan Halim sanggup mengugut Firas jika tidak mahu ibunya mengetahui perkara yang memalukan ini.  Firas minta diberikan masa untuk membuat persediaan.

Firas tidak dapat menerima Aulia seorang yang pemalas dan pengotor untuk menjadi isterinya. Begitu juga dengan Aulia, tidak sanggup bersuamikan Mr Bibik! Mukhriz pula tidak mahu kehilangan Aulia dan tetap akan mencari jalan untuk merampas Aulia balik! Apakah yang akan berlaku seterusnya? 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mr Bibik bermula 29 Oktober 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Mr Bibik yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 24 jam selepas tayangan di TV3.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda. Sambutan hangat yang diterima ini disebabkan iQiyi memulakan penstriman kandungan tempatan yang membuka peluang kepada iQiyi untuk mencapai kadar muat turun aplikasi tertinggi yang berterusan sebagai platform Asian OTT di Malaysia. iQiyi adalah platform destinasi yang tepat bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar. Di sini, penonton juga berpeluang mengakses koleksi filem, drama rantaian dan anime yang terkini dan terkenal dari Korea, China mahupun negara serantau. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, laman sosial Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok iaitu @iQiyiMalaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 19

Minah Salleh Berang Dihalang Masuk Butik Dior Suria KLCC Gara-Gara Tak Pakai Mask

Iman Troye 2021 | 20

PTTI Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar, Iman Troye Duta Terbaharu