in , ,

Drama Bersiri KELUARGA BAHA DON Musim Ke-3, Gandingan Pelakon & Plot Lebih Mantap

Buat peminat siri Keluarga Baha Don, pastinya teruja apabila drama bersiri ini kembali untuk musim ketiga. Paling tak sabar adalah sebab drama ini ada elemen komedi yang mencuit hati, ramai tertarik dengan watak-watak serta jalan cerita yang menyentuh isu semasa dan itu semua cukup dirindui oleh peminat.

Kesinambungan kepada dua musim siri Viu Original ini penuh dengan dramatik tersendiri. Musim ketiga yang mengandungi 10 episod ini akan menyaksikan Jo Don lakonan Remy Ishak, menzahirkan elemen mafia dalam dirinya untuk menewaskan musuh ketat keluarganya.

Drama Bersiri KELUARGA BAHA DON Musim Ke-3, Gandingan Pelakon & Plot Lebih Mantap

Tiara Jacquelina Kembali Buat Comeback

Keluarga Baha Don Musim 3 menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff dan banyak lagi. Pelakon baharu yang diperkenalkan dalam musim ini termasuklah Elizabeth Tan, Vicha Saywho, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Tiara Jacquelina yang membuat comeback selepas 17 tahun berhenti berlakon.

Mr. Kingsley Warner, Manager Negara bagi Viu Malaysia berkata,

“Keluarga Baha Don telah menjadi institusi komedi di Malaysia dan pemegang mohor bagi penceritaan serba baru dan lucu, yang disukai penonton di seluruh rantau ini.

Pujian harus diberikan kepada para penerbit kami di Anomalous Films yang berdepan dengan cabaran membuat rakaman semasa pandemik bagi membawakan watak-watak Keluarga Baha Don yang disukai ramai untuk kembali dengan musim ketiga, tepat pada masanya bila para penonton amat memerlukannya waktu ini.”

– Mr. Kingsley Warner
Drama Bersiri KELUARGA BAHA DON Musim Ke-3, Gandingan Pelakon & Plot Lebih Mantap

Meraih Kemenangan dalam Anugerah

Plotnya bersambung dengan keluarga mafia Malaysia yang aneh dan dipimpin dengan berat hati oleh anaknya yang patuh kepada undang-undang, Jo Don (Remy Ishak), yang naluri sebenarnya mahu menjadi seorang chef. Musim 1 siri ini meraih anugerah di peringkat tempatan dan serantau.

Pada Anugerah Akademi Kreatif Asia 2019, Keluarga Baha Don membawa pulang anugerah Program Komedi Terbaik. Turut menang ialah bintang Keluarga Baha Don, Jihan Muse, yang menggondol Anugerah Akademi Kreatif Asia bagi Persembahan Komedi Terbaik atas watak yang dipegangnya, Kesuma di dalam siri tersebut. Sementara itu, musim kedua siri ini  ditayangkan pada Disember 2020. 

Diterbitkan oleh Anomalous Films, Musim 3 bersambung daripada babak tergantung pada musim kedua di mana Bobby Bachan, lakonan Fikry Ibrahim, mengeluarkan ancaman berat untuk memusnahkan Keluarga Baha Don. Pelakon tersebut mencetuskan gelak ketawa musim ini dengan menampilkan watak aneh orang jahat yang kejam yang kerjanya mencari gaduh sahaja dengan keluarga Baha Don.

Drama Bersiri KELUARGA BAHA DON Musim Ke-3, Gandingan Pelakon & Plot Lebih Mantap

10 Episod Yang Penuh Dramatik

Musim ketiga yang mengandungi 10 episod ini akan menyaksikan Jo Don (Remy Ishak)menzahirkan elemen mafia dalam dirinya untuk menewaskan musuh ketat keluarganya, bersama dengan barisan pelakon terkenal siri ini iaitu Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff dan banyak lagi. Pelakon baharu yang diperkenalkan termasuk Tiara Jacquelina, Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan, yang menambah seri komedia ini dengan watak mereka yang unik dan tidak boleh dilupakan.

Pelakon Kongsi Pengalaman Semasa Pengambaran

Amy Mastura: Karakter saya tidak terlibat dalam banyak babak. Tetapi dari apa yang saya lihat semasa menjalankan penggambaran dalam situasi pandemik ini, pihak produksi begitu mengambil berat perihal SOP. Saya berasa sangat selamat dalam penggambaran ini. Sebelum penggambaran, kami perlu melakukan swab test. Sebelum masuk kawasan set, mereka akan ambil suhu badan dan akan sembur sanitizer macam car wash. Oleh itu, kami berasa lebih selamat di set. Orang luar juga tidak dibenarkan masuk. Tahniah kepada Anomalous Films kerana mereka telah lakukan yang terbaik. Dari van sehingga tapak kasut kami pun kena sanitize.  

Drama Bersiri KELUARGA BAHA DON Musim Ke-3, Gandingan Pelakon & Plot Lebih Mantap

Tiara Jacquelina: Saya juga cukup menghargai semua SOP yang dilakukan oleh Anomalous Films. Mereka adalah contoh sebuah produksi yang sangat profesional. Mereka memberikan kami semua keyakinan untuk kembali bekerja.

Remy Ishak: Worst moment bagi saya adalah ketika hujan. Kalau hujan semua penggambaran perlu dihentikan, terutamanya untuk babak di dalam Safe House di Hulu Langat. Apabila kita berlakon sesebuah karakter, energi itu terpaksa dihentikan disebabkan hujan yang ada sehari itu hujan sehingga tiga kali sehari. Kadang-kadang ada bunyi orang tebang pokok. Energi itu jadi turun naik.

Momen terbaik pula apabila semua barisan pelakon dapat berlakon bersama. Kami seperti sebuah keluarga. Bukan Keluarga Baha Don lagi, apabila karakter-karakter baharu datang ianya seperti sebuah festival.

Tony Eusoff: Sepeti Remy cakap sebelum ini, momen terbaik apabila semua pelakon berkumpul bersama. Secara peribadinya, saya suka apabila adegan associates’ meetings. Saya dapat berjumpa dengan otai-otai. Ramai juga pelakon yang ‘pecah’ seperti Amy Mastura juga ada yang menambahkan ‘kepecahannya’. Itu antara momen yang saya akan hargai selamanya.

Saya dapat berlakon dengan Remy Ishak! Itu antara adegan kegemaran saya,”

Tiara Jacquelina

Remy Ishak: Saya nervous berjumpa dengan Tiara Jacquelina. Ketika musim kedua, saya nervous sentiasa kerana barisan pelakon semuanya hebat. Energi mereka mengagumkan seperti Susan Lankaster, Nam Ron, Sabri Yunos dan Khir Rahman, mereka semuanya legenda buat saya. Tapi apabila Tiara Jacquelina masuk dalam musim ketiga ini, dan kami berkongsi banyak adegan bersama.

Tony Eusoff: Bicara tentang legenda, Tiara berlakon semula selepas 17 tahun. Itu adalah masa saya sudah berlakon. Saya bermula semasa Tiara berhenti berlakon. Antara projek pertama saya adalah bersama produksi milik Tiara pada 2004.

Tiara Jacquelina: Saya mahu berlakon semula dalam Keluarga Baha Don. Peluang ini tidak boleh dilepaskan untuk comeback! Pertama kali saya berlakon komedi, dark comedy. Dan saya dapat bermain watak super villain. Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini. Saya sebenarnya tidak berani untuk menonton filem aksi pun. Saya senang terkejut. Saya juga takut darah. Bayangkan dalam babak-babak saya semua, saya perlu cross eye dan kaburkan padangan saya suspaya saya tidak dapat melihat set penggambaran. Sudah habis penggambaran baharu saya melihat semua perincian di set. Saya sangat seronok bermain watak ini. Kebebasan bermain watak jahat ini, best!

Ditayangkan pada 29 Julai di Viu

Viu Malaysia adalah komited untuk menerbitkan lebih banyak siri berkelas dunia seperti Keluarga Baha Don. Pada Jun lalu, Viu Malaysia menayangkan Musim 2 thriller seram Black, sementara Pretty Little Liars juga bakal terbit untuk musim kedua. Musim-musim baharu ini adalah bukti kepada kejayaan dan penerimaan positif terhadap produksi asli Viu oleh para penonton di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Episod pertama Keluarga Baha Don Musim 3 kini boleh ditonton di Viu, manakala dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis. Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu. Muat turun app secara percuma di App Store dan Google Play dan TV pintar terpilih, selain web www.viu.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Jangan Siram Minyak Lagi…” – Zoey Rahman Minta Netizen Tak Campur Kemelut Siti Nordiana

Tular Video Mirip Pelawak Popular Kantoi Tengah Berurusan Jual Beli ‘Barang’ Hanya Gimik?