in , ,

“Asal Semua ‘Tag’ Kita ‘Player’ 067 & 212, Apakah Itu?” – Sharifah Sakinah

Bagi korang yang menonton drama bersiri SQUID GAME sahaja yang tahu tentang apa yang dimaksudkan oleh netizen dengan Player 067 dan 212.

Drama bersiri Korea berkonsepkan permainan yang kini menjadi trending iaitu Squid Game yang ditayangkan di platform penstriman Netflix telah pun mencipta fenomena sekaligus tular di serata media sosial. Macam-macam pendapat dan komen serta isu yang timbul dari drama ini telah membuatkan netizen terus memperkatakannya. 

Drama bersiri Squid Game telah mencipta sejarah sukses tersendiri apabila drama tersebut berjaya menduduki tangga teratas dalam carta Netflix di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, pelakon Sharifah Sakinah telah mendedahkan ada penonton siri terbabit menanda (tagged) namanya dan bertanyakan mengenai hal itu di Instagram.

"Asal Semua ‘Tag’ Kita ‘Player’ 067 & 212, Apakah Itu?" - Sharifah Sakinah

“Asal semua tag kita player 067 dan 212. Apakah Itu?”

– Sharifah Sakinah

Lantas, ada beberapa peminat yang tampil menjelaskan maksud disebalik nombor tersebut dan memberitahu ibu kepada seorang cahaya mata itu merupakan pelakon yang paling sesuai untuk melakonkan watak wanita berkenaan.

Sekadar info, drama Squid Game ini mengisahkan mengenai pelbagai permainan survival misteri yang menawarkan sejumlah wang sebanyak 45.6 billion won kepada pemenang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Inovatif Untuk Tahun 2021

Fakta Menarik Tentang Drama Bersiri GERAK KHAS UNDERCOVER di TV3