in , ,

Netflix Menayangkan Trailer Terbaru Untuk 5 Episod Terakhir MONEY HEIST

Pejam celik pejam celik.,hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum berakhirnya rompakan yang mendebarkan. Peminat akhirnya akan mengetahui pengakhiran bagaimana nasib Profesor (Álvaro Morte) dan kumpulannya.

Menjelang musim terakhir Money HeistNetflix telah mendedahkan trailer rasmi untuk Money Heist Bahagian 5: Jilid 2, lima episod yang akan menamatkan rompakan ini apabila ia ditayangkan di seluruh dunia pada 3 Disember.

Tokyo (Úrsula Corberó) sudah mati. Musuh masih mengintai di Bank of Spain, cedera tetapi berbahaya seperti biasa. Menghadapi masa paling gelap dan cabaran terbesar mereka, kumpulan itu membuat rancangan berani untuk mengeluarkan emas tanpa disedari oleh sesiapa. Lebih memburukkan keadaan, Profesor membuat kesilapan terbesar dalam hidupnya.

Siri ini dibintangi Álvaro Morte, Úrsula Corberó, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Alba Flores, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Darko Perić, dan Paco Tous. Ia juga menampilkan Hovik Keuchkerian, Rodrigo de la Serna, Najwa Nimri, Luka Peros, Belen Cuesta, Fernando Cayo, dan Enrique Arce. Musim Ke-5 turut memperkenalkan barisan pelakon baru seperti Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criado.

Money Heist dicipta oleh Álex Pina, yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Sonia Martínez, Jesús Colmenar, Esther Martínez Lobato dan Nacho Manubens.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OHSEM LEJEN Slot Terbaharu di Awesome TV Menayangkan Filem Klasik Nostalgia

Selepas Netizan Perasan Suami Geleng Kepala, Ain Edruce Jawab Isu Terkinja-Kinja Menari TikTok