in , ,

Siri Korea BLACK di TV2 Mulai 3 November Ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan adaptasi daripada drama Korea fantasi-seram karya CJ ENM, “Black” menerusi saluran TV2 bermula 3 November ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 8.00 malam.

Siri 32 episod ini menampilkan pelakon terkenal Song Seung Heon, Go Ara, Lee El, Kim Dong Joon, Jo Jae Yun, Kim Won Hae, Kim Jae Young, Lee Kwan Hoon, Jung Suk Yong dan ramai lagi.  

Ia mengisahkan tentang Han Moo Gang yang cuba menyiasat kes kematian abangnya yang bernama Kim Joon dan disebabkan itu Han Moo Gang menjadi polis untuk memudahkan penyiasatannya. Kang Ha Ram (lakonan Go Ara) pula merupakan seorang wanita yang mempunyai kelebihan untuk melihat bayang hitam yang akan menandakan seseorang itu akan mati. Dia juga boleh mengetahui cara bagaimana seseorang itu akan mati dengan menyentuh bayang hitam tersebut. 

Siri Korea Black Di Tv2 Mulai 3 November Ini

Disebabkan kelebihan itu, hidup Kang Ha Ram menjadi huru hara. Dia kemudian di pujuk oleh Han Moo Gang untuk berkerjasama dalam menyelamatkan orang-orang yang akan mati.

Ketika Han Moo Gang mengetahui kebenaran tentang kematian abangnya itu, dia kemudiannya ditembak mati. Namun badan Han Moo Gang kemudiannya diambil alih oleh Grim Reaper 444 / Black dan Grim Reaper tersebut terpaksa menjadi Han Moo Gang buat sementara waktu untuk menyelesaikan tugasnya. 

Siri Korea Black Di Tv2 Mulai 3 November Ini

Siapa sangka Grim Reaper itu mempunyai perkaitan erat dengan Han Moo Gang dan juga Kang Ha Ram. Siapa Grim Reaper 444 itu sebenarnya? Di sinilah misteri yang saling berkait rapat bermula. 

Selain itu konflik seterusnya dalam drama ini adalah berkaitan tentang video tape yang menjadi rebutan semua pihak hingga sanggup berbunuhan. Lalu apakah kesudahannya? Ikuti kisahnya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rendy Faliq

Showcase SE10 DIMENSI #BERIPELUANG Buktikan Penyanyi Baharu Bukan ‘Kaleng-Kaleng’

Aina Abdul Covier | 17

“Kadang-Kadang Komen Negatif Pun Boleh Ajar Saya Jadi Lebih Baik” – Aina Abdul