in , ,

Kisah Ayah Jejak Anak Hilang Dalam Filem LOST AND LOVE di TV2

Kisah memilukan namun menyuntik inspirasi tentang seorang petani China yang menghabiskan empat belas tahun mencari anaknya yang diculik pada usia dua tahun. Ianya dibawakan dalam filem “Lost And Love” yang disiarkan RTM pada 9 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Menampilkan gandingan pelakon utama Andy Lau, Jing Boran, Wang Zhifei, perjalanan ceritnya bermula dengan memperkenalkan watak utama iaitu Anhui lakonan mantap Andy Lau adalah seorang petani. Dia tinggal bersama dengan Lei Zekuan (Tak-wah), anaknya yang hilang pada tahun 1999.

Kehilangan anaknya tidak pernah mematahkan semangat Anhui untuk terus berusaha untuk menjejak lokasi sebenar anaknya berada dan pulang dengan selamat.  Dia masih tabah untuk mencari di seluruh pelosok China.

FILEM LOST AND LOVE

Dengan menungggang motorsikal tua yang terpasang bendera besar wajah anaknya yang hilang dan beberapa informasi tentang dia, si ayah tersebut menolak untuk menyerah dan berputus asa. Pencarian anaknya tetap diteruskan. 

Sementara itu tanpa diduga dia telah bertemu seorang pemuda bernama Lei Da yang juga merupakan korban penculikan. Seperti ada suatu semangat yang mahu menyatukan mereka. Apatahlagi Lei Da pernah melalui kesukaran dalam hidupnya menjadi mangsa culik dan tebusan.

babak dalam Lost and Love

Mereka kemudiannya membentuk satu persetujuan untuk saling membantu dalam misi pencarian tersebut menjejak insan kesayangan mereka yang hilang. Mereka kemudiannya bersama-sama memulakan perjalanan yang selamanya akan mengubah hidup mereka.Berjayakah mereka dalam misi tersebut? Adakah mereka dapat mengembalikan Lei Zekuan yang hilang? Ikuti kesudahannya di TV2. 

hubungan akrab dalam filem ini

Bagi mereka yang terlepas siarannya untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aksi Mendebarkan Pertarungan ONE CHAMPIONSHIP WARRIORS

Dapatkan Siri HONOR 50 & Nikmati Ganjaran 3X Ganda Bernilai sehingga RM 10,000,000!