in , ,

Sinopsis Sitkom Drama APARTMEN PUTRA Lakonan Syafie Naswip, Joey Daud & Reen Rahim

Mesej yang baik boleh disampaikan dengan pelbagai cara terutama dalam usaha menyebarluas info berkaitan isu semasa. Contohnya berkaitan cara mendepani berita palsu yang hakikatnya banyak berlaku dalam kalangan masyarakat.

Menerusi sitkom terbaharu terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) yang diberi tajuk “Apartmen Putra”, penonton secara santai dibawa berkongsi pelbagai isu semasa dan kisah kemasyarakatan berlaku berlatarkan lokasi di sebuah apartmen di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Menjanjikan bukan sekadar komedi kosong, sitkom 13 episod yang menampilkan pelakon utama Joey Daud sebagai Alif, Along Cham (Roy), Syafie Naswip (Edy), Reen Rahim (Maya) dan Eric Fuzi (Penglipurlara) ini bakal menemui penonton mulai 20 November ini hingga 1 Januari 2022, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 11.00 pagi di TV2.

Sinopsis Sitkom Drama APARTMEN PUTRA Lakonan Syafie Naswip, Joey Daud & Reen Rahim

Sitkom yang menjalani penggambaran selama lapan hari di Studio 2, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur ini menurut pengarahnya Nor Ashikin Zainal terhasil daripada cetusan idea daripada penerbit dan beliau sendiri serta gabungan pencambahan idea bersama penerbit eksekutif dan para penerbit Unit UDTV RTM yang lainnya. 

Faktor pemilihan pelakon pula dijalankan berdasarkan sistem ‘star cast’ bagi proses pelakon utama dimana produksi mempertimbangkan nilai komersil memandangkan UDTV RTM sudah agak lama tidak menghasilkan sitkom terbitannya sendiri. Justeru produksi memerlukan nama-nama pelakon yang ‘kuat’ selain pada masa sama kemampuan mereka dalam genre komedi tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah umpama satu bonus apabila produksi berjaya mendapatkan pelakon yang sememangnya diakui bakat mereka. 

Sinopsis Sitkom Drama APARTMEN PUTRA Lakonan Syafie Naswip, Joey Daud & Reen Rahim

“Padanan dan susunan watak dengan pelakon juga diambil kira contohnya peranan Alif dibawakan oleh Joey sebagai watak utama akan menghidupkan elemen komedi manakala watak Roy oleh Along Cham dan Edy (Syafie Naswip) dilihat dapat melengkapkan putaran karektor komedi dibawakan oleh Joey”, tambah beliau.

Ia diakui oleh Danny Alamsyah, selaku pengarah bersama menghasilkan sitkom ini. Menariknya Danny turut berkongsi info bahawa ini merupakan percubaan kali pertama dua pelakon, Syafie Naswip dan Reen Rahim mencabar diri terlibat membawakan watak utama dalam sebuah program sitkom.

Bercerita tentang kriteria pemilihan cameo dalam sitkom ini, beliau berpendapat peluang sama rata diberikan kepada pelakon dengan menggunakan teknik ‘type cast’ dimana pelakon tidak semestinya perlu ada nama, tetapi pihak produksi sedia maklum pelakon tersebut ada bakat yang boleh diketengahkan. 

Nantikan kemunculan tetamu jemputan istimewa memeriahkan setiap episod program ini seperti Catriona Ross, Bob AF, Ungku Hariz, Apek Senario, Umar Dzarif, Lia Natalia, Didie Alias, Emelda Rosmila, Waris, Ewal Ismail, Sangeeta, Issey Fazlisham dan Ieda Moin.   

Sinopsis Sitkom Drama APARTMEN PUTRA Lakonan Syafie Naswip, Joey Daud & Reen Rahim

Sinopsis APARTMEN PUTRA

Sitkom ini membawa pelbagai kisah masyarakat kelas pertengahan (B40) berlatar lokasi di sebuah apartmen di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Tiga orang sepupu Alif, Roy dan Edy yang berbeza profesion gamat tinggal sebumbung.  Kemunculan gadis Voque kedai runcit Apartmen Putra menjadi rebutan tiga sepupu tersebut, namun akhirnya mereka menjadi geng ‘membawang’. 

Pelbagai ragam, isu dan masalah yang lucu berlaku di Apartmen Putra berjaya diselesaikan dengan baik bersesuaian dengan mesej positif dalam setiap episod. Penampilan Panglipurlara 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harith Zazman

Harith Zazman Tayang Isteri Hamil Dalam MV SHUT UP

MILLER KHAN

Miller Khan Kini Sah Menjadi Suami Kepada Farina Rebecca