Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]








Sponsor Budiey.com? Ads Text Pakej 5 Here!


+ Layari Blog Macam-Macam Ada
Klik Di Sini Sekarang!


+ Diari Seorang Wanita
Klik Untuk Tips & Resepi!




VIDEO TERBARU BUDIEY.COM
Temubual Budiey Bersama Aril AF7 - Hos Trek Selebriti




Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat

time November 2nd, 2008 | category Category: Gambar, Memey Suhaiza |
comment 537 Comments »

Ini dia gambar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi yang telah ditangkap khalwat bersama dengan Norman Hakim baru-baru ini. Untuk info korang yang tak kenal Memey nih, Memey adalah seorang pelakon yang telah menjayakan drama bersiri 12 episod, Lara Rindu Mahsuri di samping pelakon-pelakon hebat lain iaitu Norish Karman, Eman Manan, Sherry Ibrahim dan Kartina Aziz di TV3. Lakonan Memey biasa-biasa saje. Tapi muka dia lawa dan manis giler. Sejibik macam Foujiah Gous.

Pendatang baru tapi gossip pasti akan ada untuk menaikkan nama Memey. Selain gempar dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumahtangga Abby Abadi dan Norman, Memey juga pernah dikatakan lupa diri sedikit masa lalu. Sebabnya ada orang kata dia bergaduh dengan ibu saudaranya, Darling Ngasri yang membantu untuk menaikkan nama Memey dalam bidang lakonan. Macam kacang lupakan kulit. Kesian kat Memey masa tu… sebab dia kata, dia takdelah nak bergaduh. Kata Memey, sebenarnya itu hanya salah faham tapi pihak media yang membesarkan cerita tersebut. Memey dan Darling okay.

Gambar ini diambil ketika pelancaran drama Akukah Tanggang? dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid… masa ini kami tengah gempar dengan tragedi Fasha Sandha diserang oleh media yang mahu memboikot Fasha.

Semoga Abby Abadi tabah menghadapi dugaaan. Saksikan Melodi TV3 hari ini untuk menonton TERJAH abang Nas bersama Norman Hakim. Apa jawaban Norman Hakim selepas kebenaran yang dimahukan telah diterlaksana?

Cantiknya Memey, manis kan?

Fasha Sandha Wannabe?

 

Technorati Tags: , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,


Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Abby Abadi Mengamuk
  • Norman Hakim Dibuang Dari Drama Gerak Khas
  • Gambar Norman Hakim Botak



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!


  • INFINATEZ LAHIR SINGLE KEDUA ADA MASA

    time July 6th, 2008 | category Category: Infinatez |
    comment 5 Comments »

    Kumpulan vokal berkumpulan yang lahir dari program realiti Gang Starz di TV3, Infinatez kini kembali dengan single kedua, Ada Masa.

    Pelancaran album single mereka yang berlangsung pada 21 Jun lalu memuatkan empat buah lagu iaitu Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu (A cappela) dan lagu Paparazzi yang menampilkan Cat Farish. Video MTV Lagu Paparazzi juga turut dimuatkan dalam album ini sebagai bonus dan kepuasan peminat.

    Berpeluang bertemu dengan kumpulan yang terdiri daripada lima anak muda ini di Karnival Hotlink Bersama Gang Starz di Astaka Taman Tasik Titiwangsa semalam, Budiey sempat berbual tentang lagu Ada Masa dengan salah seorang anggota Infinatez yang paling genit tetapi besar bakatnya, terutama dalam penciptaan lagu iaitu Alvin.

    Terima kasih juga kepada Alvin kerana sudi menghadiahkan album single Infinatez kepada Sensasi Selebriti.

    Lagu berentak balada yang berkisarkan kisah peribadi dan pengalaman hidup Alvin ini dicipta pada tahun 2006. Tema ‘rindu’ dalam lagu ini menceritakan tentang perasaan kekasih yang begitu sedih dan terlalu rindu di saat berjauhan dengan kekasihnya. Sedangkan kekasihnya yang jauh itu tidak menunjukkan apa-apa respon dan tidak merasakan apa yang kekasihnya sedang rasa. Intro lagu ini meminta kekasihnya membayangkan bagaimana keadaan hidup tanpa kekasihnya.

    Ada Masa – Infinatez

    Dalam lagu ini ada harapan yang disandarkan semoga kekasihnya datang kembali kepadanya dan mahu meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan. Selain berjanji akan lebih memahami dan sentiasa membuatkan diri kekasih ceria, dia berjanji tidak mahu akan mengulangi kesilapan.

    Alvin mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan lagu ini. Dengan menggunakan gitar, Alvin terus merakam lirik dan lagu dalam pada masa yang sama.

    Secara peribadinya, Alvin menujukan lagu ini kepada seseorang yang teristimewa. Pada mulanya, Alvin memilih tajuk Maafkan Aku tetapi tajuk seperti itu agak klise dan Ada Masa adalah pilihan yang tepat.

    Lagu ini disampaikan dengan penuh perasaan oleh kesemua anggota.

    Kenapa pilih nama Infinatez?
    Infinatez berasal dari gabungan dua perkataan iaitu Infinity (tiada batasan) dan Innate (bakat dan kebolehan). Apabila digabungkan ia membawa maksud bakat yang tidak ada sempadannya. Terdiri dari Rafiq, Andy, Shah Hans, Alvin dan Daneal, Infinatez juga boleh dikenali melalui website mereka di www.infinatez.com

    Selain sibuk dengan persembahan, Infinatez kini sedang sibuk mengumpulkan lagu untuk menyiapkan album penuh mereka. Di bawah label Euphonious Entertainment Sdn Bhd, Infinitez akan masuk studio pada bulan Ogos ini. Infinatez merupakan artis pertama Euphonius Entertainment selain sebuah kumpulan nasyid.

    Sebutkan 4 keistimewaan Infinatez:

    1. Punya karakter dan berlainan dari segi attitude & fizikal
    2. Mementingkan gabungan harmoni vokal
    3. Semua ahli berbakat dalam mencipta lagu
    4. Berbakat dalam lakonan. Terbukti dalam teater muzikal P. Ramlee, Infinatez berlakon sebagai paparazzi.

    Semalam, Infinatez menghiburkan pengunjung Karnival Hotlink dengan tiga buah lagu iaitu Paparazzi, Ada Masa dan sebuah lagu Acapella. Hari ini, jam 3 petang Infinatez akan mengadakan persembahan di Mydin Subang Jaya untuk satu charity Show untuk anak yatim.

    Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,


    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Single Kedua Infinatez Ada Masa Lagu R&B Soul Terbaru
  • Jom Undi Paparazzi Infinatez di Muzik-Muzik
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Lagu Infinatez Paparazzi, Ada Masa, Sayang Kinabalu & Ratu Hati
  • Lagu Learning You dari Alvin MY Infinatez
  • Gambar Infinatez, Imran Ajmain & Atilia di Showcase Punca & Persembahan
  • Punca Dan Tindakan Showcase at The Annexe, Central Market
  • Gambar Sekitar Makan Malam Carnival Media Blast
  • Gambar Diana Danielle dan Andra & The Backbones Rakam Lagu Tak Ada Bisa
  • Luscious Kembali Dengan Single Terbaru Khabarkan



    Klik Untuk Tempah Cadar & Langsir!



    Klik Untuk Kelihatan LEBIH Anggun!



    Klik Untuk Cara Badan Kurus Langsing!




  • Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!