in , ,

Apple Kini Merampas Kembali Takhta Syarikat Paling Bernilai Di Dunia Daripada Microsoft

Pada penghujung Oktober lepas, Microsoft telah mengatasi Apple sebagai syarikat paling bernilai dunia.

Apa pun, kini Apple dilihat telah berjaya merampas takhta berkenaan kembali, dan kini bernilai sekitar $2.63 trilion berdasarkan harga saham semasa.

Peningkatan harga saham Apple ini berlaku selari dengan laporan mengatakan Apple akan mempercepatkan lagi pengeluaran kenderaan elektrik mereka tersendiri – seawal 2025kelak.

Mengikut laporan sama, kereta Apple dijangka tidak menyertakan sebarang stering, dan mungkin membuka peluang untuk Apple turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan selain menjual kenderaan.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WANI KAYRIE JANGAN TERLEPAS PANDANG

Wani Kayrie Buka Mata Pendengar Dalam JANGAN TERLEPAS PANDANG

Aktiviti Beli-Belah Rancak, Lebih 2 Bilion Barangan Terjual Semasa Shopee 11.11