in , ,

Tuju Kini Hadir Dengan Single Solo Berjudul KHAYALAN

Tuju atau nama sebenarnya Azree Zamree merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri. Tuju memulakan langkah kerjaya seninya sebagai salah seorang anggota kumpulan Hip Hop terkenal, K-Clique.

Semenjak kebelakangan ini Tuju sudah mula mencipta nama sebagai penyanyi solo. Selain daripada beraksi solo dan bersama K-Clique, Tuju turut beraksi secara duo dengan isterinya penyanyi rap wanita Loca dibawah nama pentas TUJULOCA, sehingga kini TUJULOCA pernah menghasilkan tiga single seperti ‘Naluri’, ‘Empati’ dan ‘Bintang’.

Tuju juga berjaya mencuri perhatian peminat industri muzik apabila menyertai dan memenangi tempat ketiga dalam rancangan realiti misteri  ‘The Masked Singer Malaysia’, sebuah program francais popular sedunia.

Pada Februari yang lepas, Tuju melancarkan single solo pertamanya bersama Black hat Cat Records yang berjudul ‘JIWA PUSING’. Kini, sebagai penutup kalendar seninya pada tahun 2021, Tuju melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul “KHAYALAN”.

KHAYALAN” merupakan ciptaan bersama Tuju dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang meningkat naik, Mingaling dari kumpulan Hip Hop MassMusic.

Lirik “KHAYALAN” yang ditulis oleh Tuju ini menceritakan tentang kehidupan dalam khayalan. “KHAYALAN” adalah lagu tentang seseorang yang terleka dalam kehidupan, khayal, cerita tentang bintang yang hilang ditelan oleh awan malam.

“Ia adalah tentang seorang lelaki yang telah berlaku curang terhadap perempuan yang terlalu istimewa dalam hidupnya. Lelaki tersebut hilang dengan perbuatan dirinya sendiri, sudah terjatuh dan terduduk barulah tersedar dengan apa yang dia lakukan.

Beliau ingin berhenti dan bangun dari mimpi seram yang membuat dia hilang. Lelaki ini merayu untuk peluang, peluang terakhir untuk menjalani balik kehidupan dengan lebih baik dan belajar dari kesilapan yang sangat besar yang menghancurkan lebih dari separuh dirinya”.

– Tuju

“KHAYALAN” merupakan terbitan Black Hat Cat Records dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 OKTOBER 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Sil &Amp; Erika

‘YANG ENAK’ dari The Sil & Erika Dilancarkan, Kerjasama Indonesia & Malaysia

Jason Aquaman | 18

Penggambaran AQUAMAN AND THE LOST KINGDOM Tertangguh, Jason Momoa Positif COVID-19