in , ,

Kopi Harimau Cubeba Superbest Power Meningkatkan Imunisasi

Lada ekor atau nama saintifiknya, beri kemukus adalah herba yang mempunyai nilai khasiattinggi dalam rawatan kesihatan. Jom kita ketahui apakah khasiatnya!

Ia adalah buah biji kering yang belum masak dari pokok kemukus menjalar yang biasanya tumbuh di hutan hujan Indonesia. Lada ini kelihatan sama seperti lada hitam tetapi mempunyai tangkai di mana ciri-ciri itu yang sering ditafsirkan sebagai ekor.

Lada ekor dipercayai memiliki sumber terkaya dengan vitamin anti-oksidan seperti vitamin C dan vitamin A. Ia juga kaya dengan anti-oksida flavonoid polifenolik seperti karoten, cryptoxanthin, zea-xanthin dan lycopene.

Sebatian ini membantu tubuh badan membuang radikal bebas yang berbahaya dan membantu melindungi daripada kanser dan serangan virus.

Menyedari kebaikan itu, Superbest Power Health Food & Beverages Sdn Bhd (Superbest Power) yakin produk baharunya kopi segera pracampur herba, Harimau Cubeba yang menggunakan 100 peratus herba tulen di mana turut mengandungi lada ekor akan mendapat sambutan hebat daripada peminat tegar minuman itu di negara ini.

Kopi Harimau Cubeba

Berada di pasaran sejak tahun lalu, produk yang menggunakan gabungan 12 herba itu kini semakin mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pengguna apabila terjual 10,000 unit sebulan.

Pengarah Urusan Superbest Power, Kamal Mohd. Nor berkata, pihaknya menyasarkan jualannya mampu melonjak sebanyak 100,000 unit sebulan pada tahun hadapan berdasarkan permintaan yang semakin meningkat.

Ini kerana jelas beliau produk kopi itu mampu menjadi penawar kepada virus Covid-19 apabila terdapat testimonial di kalangan pesakit yang berjaya meningkatkan sistem imun badan dan pulih daripada penyakit itu.

“Kita tidak boleh menafikan bukti yang menunjukkan pengambilan vaksin dapat mengurangkan kebolehjangkitan dan membolehkan kes positif Covid-19 berkurangan.

“Namun saintis di pelbagai negara berlumba mencari penawar di mana nilai pasaran ubatan anti-virus mencecah trilion dollar Amerika. Malah anak tempatan juga mula mendapat idea menggunakan herba seperti lada ekor bersama madu dan vitamin bagi menambah sistem imunisasi badan.

“Ini kerana pengambilan herba tidak boleh dilupakan di mana kita juga digalakkan mengamalkannya sebagai ikhtiar dan penawar bagi menguatkan antibodi badan.

“Malah terdapat laporan sebelum ini yang mengatakan pakar perubatan tradisional dari China yang berkongsi pengalaman memerangi wabak Covid-19 dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional yang mampu menyebabkan pesakit kembali sembuh,”

– Kamal Mohd. Nor

Superbest Power yang berada di pasaran sejak 2007 ketika ini memiliki 11 rangkaian produk dengan mencatat jualan keseluruhan melebihi 800,000 unit sebulan.

Kopi pracampuran tambah tenaga keluarannya merupakan produk paling laris dengan  meraih jualan 40,000 unit sebulan. Pada 2018, Superbest Power mendapat anugerah sempena The Brandlaureate World Halal 2018.

Superbest Power juga sebelum ini terkenal sebagai rakan penaja kejohanan bola sepak Piala FA pada 2016 selama tiga tahun.

Kopi Harimau Cubeba

Mengulas lanjut, Kamal memberitahu Harimau Cubeba mengandungi bahan herba yang memiliki rahsia kebaikan yang tersendiri dan jarang diketahui orang ramai.

Jelas beliau, lebih istimewa, produk tersebut adalah satu-satunya produk minuman di negara ini yang menggunakan herba seperti lada ekor selain akar seruntun, madu, tongkat ali, dan ginseng serta vitamin B komplek.

“Selain itu, produk kami juga memiliki perakuan Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta dihasilkan di kilang kami sendiri yang mempunyai tahap piawaian kebersihan dan kualiti tinggi.

“Maklum balas positif diterima daripada pelanggan terhadap Harimau Cubeba setakat ini terutamnya pada musim pandemic ini meyakinkan kami untuk menjadikan produk ini sebagai pilihan utama pengemar kopi.

“Untuk itu, Superbest Power mempunyai rancangan untuk meluaskan pasaran lagi produk ini sedia ada ke seluruh negara secara runcit menerusi kempen promosi secara agresif di media sosial ,”

– Kamal Mohd. Nor
Kopi Harimau Cubeba

Menurut Kamal, orang ramai boleh mendapatkan Harimau Cubeba di kedai runcit, pasar raya dan restoran  sebelum pihaknya bercadang mengintai pasaran ke luar negara.

Kopi Harimau Cubeba

Jelas beliau, ini kerana selain dapat membantu meningkatkan imunisasi badan, produk itu juga memiliki kebaikan seperti anti malaria, menambah tenaga, merangsang keinginan seks serta membantu menangani masalah gout, darah tinggi dan kencing manis.

“Kami ingin mempopularkan produk yang menggunakan herba sebagai cara paling baik untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan.

“Orang ramai boleh mengamalkannya sebagai komplimentari untuk penyembuhan terutama untuk pesakit Covid-19,”

– Kamal Mohd. Nor

Sementara itu, mereka yang ingin mendapatkan produk percubaan Harimau Cubeba boleh melayari laman sosial Superbest Power serta produk itu turut dijual di Shopee dan Lazada.

Ia boleh di dapati di pasaran pada harga RM30.90 di Semenanjung Malaysia dan RM34.90 di Sabah serta Sarawak di mana sekotak memiliki 10 sachet.

Kopi Harimau Cubeba

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SEVENTEEN Dilantik Jadi Duta Kebahagiaan Serantau Pertama Lazada

Datuk Seri Vida Terjah Rumah Iqbal Jam 3 Pagi Siap Bawa Cincin