in , ,

Celcom Capai Kejayaan Dalam Panggilan Ujian Teknologi VONR 5G Pertama Di Malaysia

Celcom Capai Kejayaan Dalam Panggilan Ujian Teknologi Voice Over New Radio (VONR) 5G Pertama Di Malaysia

Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah mencatat satu lagi pencapaian dalam memajukan perkhidmatan 5G dengan memulakan ujian panggilan teknologi Voice over New Radio (VoNR) 5G Pertama di Malaysia. Panggilan suara 5G VoNR telah dibuat di ujian lapangan 5G Celcom di Kuah dan Taman Berlian, Langkawi.

Sebagai sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G dan percubaan inovatif di Langkawi, Celcom membuktikan keupayaan panggilan suara 5G dan sesi data 5G secara selari melalui rangkaian 5G Standalone (SA).

Melalui rangkaian 5G SA berasaskan awan, panggilan suara VoNR boleh dibuat dengan menggunakan rangkaian 5G tanpa perlu bergantung kepada teknologi LTE. Pengguna VoNR bakal nikmati panggilan suara yang lancar dengan definisi tinggi manakala telefon pintar mereka mengekalkan hubungan 5G berkelajuan tinggi bagi muat turun sebarang media tanpa gangguan.

Pencapaian bagi panggilan suara generasi akan datang ini merupakan suatu langkah ke arah merealisasikan potensi 5G untuk pengguna serta pemilik perniagaan, di mana ia menjadi asas perkhidmatan dan aplikasi yang inovatif seperti persidangan video dan interaksi menggunakan teknologi VR/AR melalui perkhidmatan 5G.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, ketika negara bersiap sedia ke arah pelancaran 5G menjelang akhir tahun, percubaan ini memperlihatkan komitmen Celcom dalam inovasi dan kertersediaan 5G, serta memberikan perkhidmatan 5G yang berkualiti tinggi. Celcom akan terus komited dalam memajukan masyarakat melalui teknologi yang terbaharu, serta memacu transformasi negara sebagai sebuah ekonomi digital yang mampan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terokai Pelbagai Karya Kontemporari Malaysia di Saluran Youtube MPO TV!

tony fernandes airasia-2020

Nikmati Tawaran Penghantaran Dengan Nilai Terbaik di AirAsia Super App pada 11.11