in , ,

Dituduh Berseronok Di Kelab Gay Korea, Pengurus Hael Husaini Buru Penyebar Fitnah

Pengurus Hael Husaini telah memaklumkan pihaknya sudah pun mengambil tindakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah.

Buat pembaca yang mengikuti perkembangan tentang penyanyi terkenal, Hael Husaini pasti anda telah tahu yang dia kini sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja.

Namun disebalik tugasannya di sana, timbul khabar angin yang kurang enak didengar kononnya Hael tidak menjalani kuarantin diri sebaik tiba di Korea, malah telah pergi berhibur di sebuah kelab di, Itaewon, Seoul.

Lebih mengejutkan, dakwaan yang dilakukan seorang netizen yang dipercayai penuntut Malaysia disana turut menyebut kelab berkenaan bukanlah kelab biasa-biasa sebalikya sebuah kelab hiburan Gay.

Dituduh Berseronok Di Kelab Gay Korea, Pengurus Hael Husaini Buru Penyebar Fitnah

Tak Sebut Sebarang Nama Tapi Bagi ‘Hint’ Tajuk Lagu

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, dia bagaimanapun memberikan bayangan dengan menyebut semua tajuk lagu hit milik Hael, sekaligus membuatkan orang ramai terus dapat mengaitkan siapa individu yang dimaksudkan.

Marah dengan tudahan dan fitnah yang dilemparkan, pengurus Hael kemudiannya tampil memberikan respon dan menafikan semua dakwaan berkenaan yang disifatkannya sebagai satu fitnah.

Menerusi satu IG Live yang kemudiannya di kongsikan di akaun TikTok @hhaelhusaini.fans, dia turut memaklumkan yang pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan perkara berkenaan walaupun dia sudah pun memadamkan ciapan berkenaan.

“Saya nak terangkan apa yang berlaku. Saya buat video ini sebenarnya nak bagitahu Healers yang Hael punya team dah ambil tindakan.

“Berhenti budak tu nanti. Tak belajar dah kat Korea. Kalau dia padam pun dah terlambat dik. Aku dah jumpa Youtube, IG, semua alamat rumah dah dapat. Tak elok sebarkan fitnah. Berhentilah sebarkan fitnah,”

– TikTok @hhaelhusaini.fans
Dituduh Berseronok Di Kelab Gay Korea, Pengurus Hael Husaini Buru Penyebar Fitnah

Menerusi ruangan komen pula, pengurus terbabit memaklumkan pihaknya sudah pun mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Le Meridien Kuala Lumpur Collaborates With Malin+Goetz To Launch Themed Staycation Package

Miliki Telefon Pintar OPPO A16K, Harga Ditawarkan Hanya RM549 di Malaysia