in ,

Kedai Serbaneka Yang Berkembang Paling Pantas di Korea & Malaysia

emart24 terus mentakrif semula pengalaman di kedai serbaneka di Malaysia menerusi konsep berpaksikan gaya hidup

emart24 menyemarakkan lagi gelombang ‘Hallyu’ di negara dengan melancarkan kedai kelima di Bandar Sunway, sekaligus mengorak langkah menjadi kedai serbaneka Korea yang berkembang paling pantas di negara asalnya dan Malaysia. Pelancaran ini menandakan lahirnya kedai ‘Reserve’ keduanya, dalam kurang daripada empat bulan sejak debutnya pada Jun 2021. Berpegang teguh pada janjinya, emart24 terus mentakrifkan semula pengalaman kedai serbaneka, dengan memberikan suntikan unik kepada rekaan dalaman setiap kedai ‘Reserve’ agar menampilkan ciri kelainan masing-masing. 

Vuitton Pang, Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia berkongsi, “Kami tetap mengutamakan kualiti tawaran kami serta sentuhan peruncitan Korea yang dialami oleh pengguna apabila berkunjung ke kedai kami. Seiring kelonggaran pergerakan diberikan, kami berharap rakyat Malaysia akan datang dan mengalami kedai kami dengan sendiri, sementara kami berusaha meningkatkan akses barangan Korea kepada semua.” 

Photo 1

Dikenali dengan pendekatan berpaksikan pelanggan, emart24 terus menghidupkan reputasi ini di Malaysia. “Kami bersungguh-sungguh menilai dan meneliti keperluan pengguna, dan kami percaya aspek ini harus dititikberatkan dalam pelan pengembangan kami. Kedai ‘Reserve’ kami di Bandar Sunway merupakan hasil pendekatan progresif ini, dan kami berusaha menerapkan elemen setempat ke dalam reka bentuk kedai kami,” jelas Vuitton. 

Selain mengembangkan rangkaian makanan ringan Korea yang diimport dari pelbagai label peribadi popular seperti No Brand, I’m e, dan Minsaeng, emart24 terus memperkenalkan item baharu untuk menu makanan segar mereka. 

Antara ciri kelainan di Kedai ‘Reserve’ Bandar Sunway ialah konsep baharu stesen Cupmyeon bagi memenuhi keperluan komuniti pelajar di sekitarnya. Ia membolehkan pelanggan mencipta versi mi cawan Korea mereka yang tersendiri dengan pelbagai jenis topping hebat. 

Vuitton Pang, CEO of emart24 at the Cupmyeon Station

“Kami tidak ingin melepaskan peluang untuk mengiktiraf kesukaan rakyat Malaysia terhadap makanan pedas. Jadi, kami membawakan tawaran terbaharu kami, sos Ghost Pepper,” tambah Vuitton. Sos Ghost Pepper telah diterapkan ke dalam pilihan makanan segar yang utama, seperti Cupbap, Cupdak dan Tteokbokki, yang boleh didapati di semua kedai emart24 untuk masa terhad. 

Turut membuat penampilan sulung dan eksklusif di kedai ‘Reserve’ berkenaan ialah rangkaian Kek Bento, iaitu pencuci mulut yang semakin popular dalam kalangan generasi muda. Tegas Vuitton lagi, emart24 berazam menjadi peneraju gaya hidup dengan menyediakan barangan berpemintaan tinggi, namun tanpa lari daripada pengalaman peruncitan Korea. 

Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, emart24 komited untuk memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan siap makan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf Halal. 

Photo 6

Selain makanan, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai produk kecantikan Korea (K-beauty) ditawarkan menerusi kerjasama dengan OnlyKorea, iaitu pengedar sah produk kecantikan Korea yang dikenali sebagai antara kumpulan peruncit kecantikan Korea yang terkemuka di Asia. 

Dalam ucapan penutupnya, Vuitton berkongsi, “Kami merupakan sebuah kedai serbaneka yang menerajui trend terkini, dan akan terus berusaha mempertahankan kedudukan ini di landskap kedai serbaneka Korea.” 

Photo 17

Susulan kejayaan kedai-kedai awal serta gelombang ‘Hallyu’ yang terus rancak di Malaysia, emart24 merancang untuk membuka 12 kedai pada akhir tahun, selari sasarannya untuk melancarkan 300 kedai dalam 5 tahun akan datang. Pelanggan kini boleh mengunjungi emart24 di Bangsar South, Desa Sri Hartamas, Kota Kemuning, Sentul dan Bandar Sunway dari jam 8 pagi hingga 10 malam, setiap hari. 

Untuk promosi terkini dan maklumat lebih lanjut, layari www.emart24.com.my atau ikuti laman Facebook emart24 Malaysia di www.facebook.com/emart24.my/ dan Instagram di www.instagram.com/emart24.my/

Photo 5

Mengenai emart24 Malaysia 

emart24 merupakan kedai serbaneka yang berkembang paling pantas di Korea, yang terkenal dengan pendekatan gaya hidupnya serta pengalaman kedai serbaneka yang berpaksikan pelanggan. Di Malaysia, emart24 berazam mentakrif semula persepsi rakyat Malaysia terhadap pengalaman peruncitan Korea, sekaligus menjadikannya mudah diakses dan mampu dimiliki untuk semua. Untuk maklumat lanjut, layari www.emart24.com.my atau ikuti laman Facebook emart24 Malaysia di www.facebook.com/emart24.my/ serta Instagram di www.instagram.com/emart24.my/. 

Mengenai Shinsegae Group 

Shinsegae Group merupakan kumpulan peruncit paling lama di Korea yang ditubuhkan pada tahun 1955. Syarikat ini mengendalikan rangkaian kedai serbaneka dan kedai diskaun, serta menjalankan perniagaan dalam pelbagai kategori runcit, fesyen & gaya hidup, makanan & minuman, hospitaliti & santai, kejuruteraan, pembinaan, pembangunan harta tanah dan infrastruktur komunikasi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad RON’S GONE WRONG

Ayuh! Ini Cara Untuk Dapatkan Piza Hand-Crafted Pizza Hut Secara Percuma!