in , ,

YouTube Kini Sembunyikan Jumlah ‘Dislike’ Pada Semua Video Mereka

Butang dislike bagaimanapun akan terus dikekalkan.

Buat pencipta kandungan YouTube, kewujudan butang dislike pada video yang dimuat naik umpama satu mimpi ngeri dan mendatangkan pelbagai tanggapan negatif. Sedikit sebanyak butang dislike menyebabkan kemurungan dan membuatkan kita rasa hilang semangat untuk menghasilkan video.

Meskipun ia secara asasnya tidak memberikan masalah besar, namun reputasi video dan pencipta kandungan itu sendiri pasti akan tercalar sekiranya angka yang menekannya begitu tinggi atau lebih teruk lagi melebihi jumlah individu yang menekan tanda suka.

Oleh itu, YouTube pada sekitar Mac lalu mengumumkan sedang menguji fungsi untuk menyembunyikan jumlah dislike tersebut.

Terbaharu, malam tadi mereka memaklumkan ciri paparan jumlah berkenaan sudahpun disembunyikan serta merta dan akan mula hilang secara berperingkat.

Mereka bagaimanapun sama sekali tidak akan menghilangkan butang dislike yang sudah tersedia sejak dahulu lagi.

Dengan penetapan baharu tersebut, orang ramai sebenarnya masih lagi boleh menekan butang tersebut namun jumlah pengguna yang sudah menekannya tidak lagi akan dipaparkan kepada umum. 

Sebaliknya angka itu hanya boleh dilihat dan diketahui oleh pencipta kandungan menerusi YouTube Studio.

YouTube menerusi satu kenyataan menjelaskan tindakan itu diambil bagi mengelakkan mana-mana video atau saluran YouTube ‘diserang’ oleh kumpulan individu semata-mata untuk menekan butang dislike berkenaan.

Selain itu ia dapat menjaga content creator di platform berkenaan khususnya mereka yang baru sahaja menceburi bidang pembuatan konten online.

Menurut YouTube, perkara itu dibuktikan dalam tempoh ujian di mana pihaknya mendapati aktiviti menyerang dan menekan butang dislike berkurangan dengan mendadak sebaik paparan angka disembunyikan dari paparan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BLACK G DYNAS MOKHTAR

Black G Sdn Bhd Umum Jalin Kerjasama Bersama Dynas Mokhtar & Shopee

PASYA

Pasya Kembali Dengan KEMELUT, Mengisahkan Cinta Tak Kesampaian