in , ,

“Saya Nak Lari Dari Populariti, Tapi Diuji Dengan Kemenangan” – Janna Nick

Dinobat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-34 semalam, Janna Nick turut membolot anugerah Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Menyifatkan anugerah diterima sebagai rezeki, Janna Nick berkata sebolehnya dia mahu lari darpada populariti namun diuji dengan kemenangan.

“Saya mahu lari dari populariti tetapi diuji dengan kemenangan. Apapun, terima kasih @janna_nicker dan semua yang mengundi. Mungkin ini yang terakhir. Cukup,”

– Janna Nick
JANNA NICK

Turut memuat naik gambarnya bersama tiga trofi, perkongsian Janna itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan netizen.

Untuk rekod, Janna meraih sebanyak 86,374,777 juta undian peminat secara atas talian. Ini merupakan pertama kali Janna dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIDI FRIENDS

Visual Grafik ABPBH34 Dikritik Netizen, Disamakan Seperti dalam Animasi Didi & Friends

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga dalam Sebuah Lagu