in , ,

Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul PUTUS Malam Ini, Sebuah Lagi Lagu Break Up

Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul Putus Jam 9 Malam Ini, Hadiah Istimewa Buat Peminat Sempena Hari Jadi!

Selepas mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan 2x platinum, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul PUTUS sempena hari jadi.

Lebih menarik lagu berentak balada ini merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.

Nabila Razali menggunakan pendekatan berbeza untuk melancarkan single terbarunya ini

Sebelum ini, Nabila selalunya akan tampil dengan gimik berbeza setiap kali hendak melancarkan single terbaru. Walaupun tiada gimik yang ketara, Nabila mengemas kini akaun Instagram dengan memadam 1,000 foto dengan hanya memuat naik foto promosi untuk lagu terbabit. 

Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul PUTUS Malam Ini

“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun saya kembali dengan lagu baharu hadiahkan buat peminat. PUTUS merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni.

Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh komposer Erwin Purnama. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan,”

– Nabila Razali

Nabila melancarkan official promo video PUTUS pada pukul 9 malam Jumaat di YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke- 29 pada Sabtu. Tambahnya, single ini menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

“Saya pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu PUTUS menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,”

– Nabila Razali

PUTUS mengisahkan tentang sebuah percintaan yang suci yang berakhir dengan perpisahan. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari redha dan pasrah di atas ketentuan takdir. 

Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul PUTUS Malam Ini

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri. PUTUS merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. 

Selain itu, lagu Putus juga boleh didengari di semua platform streaming bermula 19 November ini. 

Link: https://youtu.be/IRIy35iubF0

Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul PUTUS Malam Ini
Nabila Razali Lancar Single Baharu Berjudul PUTUS Malam Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri DIARI SEORANG SUAMI Lakonan Keith Foo

Semua Orang Yang Bercerai Pasti Akan Melalui Fasa Trauma – Haniff Hamzah