in , ,

Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo Idaman Bernilai RM2 Juta

Mawar Rashid menitipkan ucapan indah buat suami tercinta iaitu Raf Yaakob apabila mendapat kejutan bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-4.

Sempena ulang tahun perkahwinan keempat, Mawar Rashid menerima kejutan istimewa apabila suaminya menghadiahkan rumah banglo idaman berharga hampir RM2 juta. Wow! Hebat betul!

Menurut Mawar, dia meluahkan rasa syukur akhirnya dapat memiliki sebuah rumah idaman selepas bekerja keras untuk mengumpul wang selama ini.

“Sumpah saya memang tak sangka akhirnya dapat beli rumah idaman ini. Lama dah saya impikan. Saya selalu beritahu suami (Raf) untuk ada rumah tersebut satu hari nant,”

– Mawar Rashid

Mawar begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh suaminya itu sekaligus mengimbau kembali kenangan ketika dilamar suaminya sebelum ini.

“Kalau ikutkan, saya tahu pasal rumah itu. Cuma saya tak sangka yang Raf akan buat surprise (kejutan) sempena ulang tahun keempat kami di rumah tersebut.

– Mawar Rashid

Pelakon Tundukkan Playboy itu turut menceritakan rumah tersebut adalah hasil titik peluh mereka berdua bertungkus-lumus bekerja siang malam dan hanya mereka berdua yang faham betapa susahnya untuk membahagikan masa.

“Bukan setahun dua kami kumpul wang dan bekerja keras untuk itu. Empat tahun juga selepas bernikah kami mula menabung perlahan-lahan,”

– Mawar Rashid

Happy 4th anniversary abang. Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat surprise macam ni. Sangat-sangat meaningful.

– Mawar Rashid

Mengakui bukan mudah untuk memiliki aset di usia muda, Mawar berkata tidak dapat digambarkan perasannya apabila impiannya itu dikabulkan Tuhan.

“Bukan senang nak ada aset pada usia muda. Kerja keras siang malam, bila dapat sesuatu yang kita idam dengan hasil usaha sendiri, lain betul rasanya,”

– Mawar Rashid

Menerusi hantaran tersebut, Mawar turut menyatakan bahawa impian mereka sudah tercapai apabila dapat rumah idaman itu. Dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Raf kerana sentiasa mahu menjadi suami, ayah dan insan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Menurut kata Mawar, dia dan suami merancang untuk berpindah ke rumah baharu mereka yang terletak di ibu kota itu selewat-lewatnya Ramadan tahun depan. Sempat la untuk renovate dan beraya di rumah baharu ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah 14 Orang Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8?

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8, Ramai Artis Legenda & Otai Bakal Beraksi