in , ,

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga dalam Sebuah Lagu

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana yang baru sahaja berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34) khabarnya bakal berduet bersama penyanyi rap Bunga tak lama lagi.

Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih menjadi pilihan peminat. Malah, kelab peminat Nana, Siti Nordiana FC juga merangkul trofi Anugerah FANtastik Popular. Tahniah buat anda semua!

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi dan tak henti menyokong,”

– Siti Nordiana

Dalam perkembangan lain, Nana juga bakal muncul dengan sebuah lagu baharu bersama Bunga pada bulan ini.

“Lepas ini, saya akan muncul dengan single bersama Bunga, ia memang konsep yang berbeza dengan saya punya kebiasaan sebab daripada segi muzik video dia pun, memang kalau orang tengok nanti, memang akan rasa macam wow, lainnya.

“Jadi, anda mesti akan suka dengan muzik video lagu ini sebab lagu ini memang sesuatu yang berbeza daripada saya. Jadi, anda nantikan bulan ini juga, insya-Allah,”

– Siti Nordiana
Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga dalam Sebuah Lagu

Nana berkata, dia mahu mengikuti trend anak muda masa kini agar dapat menarik perhatian mereka untuk meminati lagunya.

“Kalau kita ikut trend sekarang ni memang banyak lagu-lagu yang bergenre seperti hip hop, rap macam tu jadi igauan anak-anak muda.

“Jadi macam saya dah ada ‘certain followers’ saya yang seusia dengan saya, jadi saya nak cuba cari peminat-peminat yang mungkin selama ni tak pernah meminati genre saya.

“Mungkin ini adalah percubaan saya untuk tampil dengan genre yang dekat di hati mereka yang lebih muda,”

– Siti Nordiana

Semoga sukses buat Nana dan dilancarkan segala urusan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Nak Lari Dari Populariti, Tapi Diuji Dengan Kemenangan” – Janna Nick

Disney Umum Tarikh Pelepasan Filem Live-Action PINOCCHIO Lakonan Tom Hanks