in ,

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love And Thunder, Black Panther 2 & Banyak Lagi

Walt Disney telah mengumumkan perubahan tarikh tayangan untuk beberapa filem Marvel Cinematic Universe. Pastinya ada sebab perubahan dan penundaan ini dibuat.

Walt Disney telah mengumumkan perubahan tarikh tayangan untuk beberapa filem Marvel Cinematic Universe yang merangkumi penundaan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Thor: Love and Thunder, Black Panther: Wakanda Forever, The Marvels, dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania

Doctor Strange 2

Doctor Strange pada awalnya ditetapkan tayangan pada 25 Mac 2022, dan kini akan dilancarkan dua bulan lebih lewat iaitu pada 6 Mei 2022. Perubahan tarikh Doctor Strange telah menolak Thor: Love and Thunder ke tarikh baru, iaitu pada 8 Julai 2022, manakala Wakanda Forever, yang tarikhnya telah diambil Thor, akan ditayangkan pada 11 November 2022.  

Filem lain yang turut ditukar tarikh tayangan adalah The Marvel, yang kini ditetapkan pada 17 Februari 2023, dan filem aksi-komedi lakonan Paul Rudd, Ant-Man and the Wasp: Quantumania, iaitu pada 28 Julai 2023. 

Selain itu, dua filem Marvel tanpa judul kini telah dikeluarkan dari jadual tayangan, manakala satu lagi filem marvel tanpa judul telah diberi tarikh baru iaitu pada 3 November 2023. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemaskini iOS 15.1, iPadOS 15.1, watchOS 8.1, tvOS 15.1 & macOS Monterey Bermula 25 Oktober ini

Iqbal Jadi Tetamu Diskas Pasal TV vs Media Sosial dalam Niaga Keluarga Malaysia