in

Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora

Pementasan The Secret Life of Nora yang akan berlangsung di Istana Budaya pada bulan September ini sedang mencari pelakon dan artis untuk diketengahkan dalam teater ini. Jadi, ini masanya untuk artis dan pelakon yang mahu bekerja di bawah pengarah antarabangsa, Steven Dexter.

Yang paling grand, teater ini bakal dipersembahkan dalam dua bahasa, Melayu dan Inggeris. Tak pernah berlaku dalam sejarah teater di Malaysia. Teater ini memerlukan pelakon yang berbakat dalam bidang nyanyian dan juga tarian kerana ia menampilkan lagu-lagu dan tarian yang dicipta khas untuk muzikal ini. Termasuklah lagiu-lagu retro dan juga lagu-lagu lama. Namun demikian, tenaga kreatif seperti pengarah muzik, komposer, koreografer dan lain-lain hanya akan diumumkan dalam waktu yang terdekat.

Bagi penggiat seni, pelakon dan penari yang ingin turut serta dalam pementasan “The Secret Life of Nora” (NORA), sesi ujibakat bakal berlangsung di Enfiniti Vision Media pada 25 hingga 27 Mac ini. Manakala satu lagi sesi ujibakat akan diadakan di Singapura pada 29 hingga 30 Mac ini.

Teater Muzikal The Secret Life of Nora

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tycoons of Asia Tony Fernandes Contest

Jom Meriahkan Kempen BIAR BETUL Harian Metro