in , ,

Danial Dashuki Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia

Danial Dashuki Tidak Sangka Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

Setelah empat tahun di dalam industri hiburan, pelakon, Danial Dashuki telah membuktikan bahawa usaha kerasnya dalam industri seni selama ini membuahkan hasil setelah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Teater Tradisional) di Anugerah Teater Malaysia 2023 yang berlangsung di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) pada Sabtu, 7 Oktober 2023.

Danial Dashuki Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

Tidak menjangkakan kemenangan ini, pelakon yang bakal menginjak ke usia 29 tahun pada Disember ini, bersyukur apabila bakat dan usahanya dalam industri seni tanah air dikenali dan diperakui oleh barisan juri professional. 

Danial Dashuki Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

Danial Dashuki memulakan kerjayanya sebagai model bagi pelbagai jenama ternama di Malaysia. Perjalanan kerjaya Danial kemudian beralih ke bidang lakonan dan seterusnya mengembangkan bakat beliau dalam seni pementasan teater. 

Danial Dashuki Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

“Saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Mereka yang tercalon dalam kategori yang sama adalah merupakan pelakon-pelakon yang hebat dan menjadi rujukan saya. Saya amat bersyukur di atas penganugerahan ini.
Walaupun berbangga dengan kejayaan ini, saya jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki mutu lakonan dan terus memberikan yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan,” 

– Danial Dashuki
Danial Dashuki Menang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Teater Malaysia 2023

Watak Tun Mamat yang disandang oleh Danial di dalam ‘Teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang’ ini memberikan impak yang besar kepada penonton yang hadir dengan karakter dan gaya penyampaiannya yang tersendiri. 

Turut tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Teater Tradisional ialah Dato’ Jalaluddin Hassan, Mohd Hady Tahir, Hafizie Zulkifeli dan Murshid Md Hussain.

Malam Anugerah Teater Malaysia merupakan program penganugerahan dan penghargaan kepada karyawan seni dan petugas teater dari pelbagai genre teater seperti monolog, monodrama, teater moden, teater muzikal dan teater tradisional. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SYADA AMZAH

Tak Follow IG, Netizen Dakwa Syada Gaduh Dengan Shila Amzah?

Amanda Amry

Amanda Amry Kongsikan Dalam Lagu Pertamanya Berjudul ‘Sang Pangeran’