in , ,

Hos Selebriti Meerqeen Mengalu-alukan Anda ke Rumah Terbuka Raya Airbnb

Alamilah finale Raya yang paling luar biasa! Airbnb teruja untuk menjemput anda ke Rumah Terbuka ‘Riangnya Raya Bersama Airbnb’ tahunannya, yang menampilkan artis Malaysia berkarisma, Meerqeen!

Pelakon itu kini sudah menjadi Hos Airbnb, dan mengalu-alukan para tetamu ke percutian Raya yang istimewa di penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga.

Rumah Terbuka ‘Riangnya Raya Bersama Airbnb’ yang dihoskan bersama Meerqeen bakal berlangsung di Hulu Langat pada hujung minggu 11 hingga 13 Mei 2024. Penginapan dua malam yang istimewa itu ditawarkan pada hanya RM100* dan boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu. 

Bersalam-salaman, perbualan yang tulus ikhlas dan detik-detik penuh gelak ketawa yang dimeriahkan lagi dengan sajian rendang dan ketupat – pertemuan dengan Meerqeen ini pastinya merupakan cara istimewa untuk menutup sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Para tetamu berpeluang beramah mesra dengan artis popular itu sambil menyediakan juadah raya yang lazat bersamanya. Malah, mereka juga berpeluang menikmati persembahan muzik istimewa oleh Meerqeen, dikelilingi kehijauan hutan tropika Hulu Langat yang memukau.

Hos Selebriti Meerqeen Mengalu-alukan Anda ke Rumah Terbuka Raya Airbnb

Meerqeen yang terkenal dengan persembahan yang menawan dalam skrin dan karisma yang hebat di luar skrin, akan mengalu-alukan anda secara peribadi bersama Superhos Airbnb tempatan, Ayu. “Hari Raya Aidilfitri mempunyai tempat yang istimewa di hati saya. Ia merupakan masa kegemaran saya, yang mana semua ahli keluarga dan rakan-rakan saya akan berkumpul untuk bersama-sama menikmati makanan yang lazat dan suasana perayaan. Semua ini adalah tentang semangat kebersamaan, jadi saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb untuk membawa keriangan dan kemesraan ini kepada rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita dapat melabuhkan tirai kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh makna,” kongsi Meerqeen.

Lereng Tanah merupakan sebuah vila yang luas. Ia dikelilingi kehijauan yang indah dan terletak kurang dari satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Ia terletak di atas bukit yang nyaman dan menawarkan lapan bilik tidur yang selesa serta satu kawasan umum yang luas untuk berkumpul dengan insan-insan tersayang, menjadikannya tempat ideal untuk berehat bersama rakan dan keluarga.

Hos Selebriti Meerqeen Mengalu-alukan Anda ke Rumah Terbuka Raya Airbnb

Ruang tamu utamanya mempunyai tingkap kaca dua tingkat yang menghadap sebuah patio yang indah, dapur terbuka yang serba lengkap, kawasan BBQ terbuka dan lubang bakar yang ideal untuk berborak-borak di bawah sinaran bintang.

“Hari Raya Aidilfitri merupakan masa yang sangat istimewa yang menyatukan keluarga dan rakan-rakan.
Kami faham kepentingan adanya satu ruang yang indah untuk menyambut insan-insan tersayang sempena musim perayaan ini, dan kami sangat teruja untuk menjemput Meerqeen sebagai Hos bersama kami pada Aidilfitri ini,”

Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj

Tempahan akan bermula di airbnb.com/rayawithmeerqeen pada hari Rabu, 1 Mei, jam 9:00 pagi. Hanya satu tempahan yang tersedia. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Siapa cepat dia dapat!

*Harga adalah sebelum yuran tambahan dan cukai. Penginapan dua malam ini bukan satu pertandingan. 

**Airbnb menggalakkan penginapan yang selamat dan bertanggungjawab. Tetamu yang ingin membuat tempahan harus ambil perhatian bahawa mereka mesti mematuhi Peraturan Rumah yang disenaraikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR Pad 9 Hadir Dalam 5G Kini Berada di Pasaran Seluruh Malaysia

Bagaimana Knox Vault Relevan Untuk Pengguna, Privasi Lebih Selamat