in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem TAROT di Pawagam Mulai 1 Mei Ini

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menonton filem ini di malam premiere, gais!

Sebuah lagi filem seram berjudul Tarot bakal menghantui peminat filem horor di pawagam. Filem ini merupakan hasil arahan dari Spenser Cohen dan Anna Halberg. Filem ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Harriet Slater, yang sebelum ini terkenal menerusi watak Fran dalam filem Indiana Jones and the Dial of Destiny (2023).

Filem Tarot mengundang kengerian melalui kad tarot yang biasanya digunakan untuk tujuan spiritual dan meramal nasib. Selain itu, filem ini juga akan merungkaikan misteri di sebalik gambar-gambar entiti dalam kad tarot yang berubah menjadi kenyataan, dan seterusnya dapat mengancam nyawa.

Filem bergenre seram TAROT ini akan ditayangkan pada 1 Mei 2024. 

Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran dengan anda seluruh Malaysia!

Peraduan Jom Menonton Filem TAROT di Pawagam Mulai 1 Mei Ini

Sinopsis Filem TAROT

Apabila sekumpulan rakan secara melulu melanggar peraturan suci bacaan Tarot – jangan sekali-kali menggunakan dek orang lain – mereka tanpa sedar melepaskan kejahatan yang tidak terkata yang terperangkap dalam kad terkutuk itu. 

Satu demi satu, mereka berhadapan dengan nasib dan berakhir dalam perlumbaan melawan kematian untuk melarikan diri dari masa depan yang diramalkan dalam bacaan mereka.

Dibintangi Harriet Slater, Adain Bradley, Avantika, Wolfgang Novogratz, Humberly González, Larsen Thompson, dan Jacob Batalon. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Spenser Cohen & Anna Halberg.

Peraduan Tayangan Premiere Filem TAROT

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Info Tayangan Premiere Filem TAROT:

Tarikh: 30 April 2024, Selasa

Masa: 8.45 malam

Lokasi: GSC THE STARLING

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem TAROT

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem TAROT di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem TAROT – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

29 April 2024

Peraduan Jom Menonton Filem TAROT di Pawagam Mulai 1 Mei Ini

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Peraduan Jom Menonton Filem TAROT di Pawagam Mulai 1 Mei Ini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tonton Menjalin Kerjasama Dengan Animax+ Gem Untuk Anime Fest Plus 2024

LEGOLAND® Malaysia Resort Anjur LEGOLAND School Challenge 2024