in , ,

Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

Tidak dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

Sehubungan itu, ia telah mencetuskan idea buat syarikat produksi Dream Film Sdn. Bhd. untuk menghasilkan sebuah filem berjudul OPPA.

Pengarahnya, Captain Denil berkata, ia adalah sebuah filem tentang jenayah ‘love scam’ yang sering berlaku dalam segelintir masyarakat sekarang.

Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

“Adakalanya saya berasa pelik kerana ada mangsa jenayah ini terdiri daripada golongan terpelajar. Mungkin kurangnya kesedaran menjadi faktor utama apabila masih ramai yang menjadi mangsa.

“Jadi, ia memberikan idea kepada saya untuk menghasilkan filem Oppa ini, sekurang-kurangnya mesej boleh disampaikan kepada masyarakat menerusi platform filem,”

– Captain Denil
Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

Jelasnya, filem arahannya itu turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Oppa memaparkan kisah seorang guru yang bercinta dengan seorang jejaka Korea, tetapi mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit apabila kekasihnya itu tiba-tiba menghilangkan diri.

Lebih malang lagi, guru tersebut turut menjadi buruan Ah Long apabila dia meminjam wang daripada mereka semata-mata untuk diberikan kepada kekasihnya itu. 

Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

Filem berkenaan menampilkan Theo Jang, pelakon yang berasal dari Korea Selatan serta influencer popular,  Jacqueline Goh Wan Yi serta pelakon-pelakon tempatan lain seperti Lee Zi Qi, Amanda Tan, Sadiq M Jamil, Chen Kuoyang dan ramai lagi.

Menurut Denil, tajuk ‘Oppa’ dipilih bukanlah semata-mata kerana populariti artis K-Pop di negara ini, tetapi ada berlaku kejadian di mana ada individu menggunakan gambar artis kacak Korea Selatan untuk memperdayakan mangsa menerusi ‘dating apps’ di media sosial.

Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

Jelasnya lagi, jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini adalah adaptasi kisah sebenar yang pernah berlaku berdasarkan laporan kepada pihak polis.

“Untuk menghasilkan filem Oppa kami telah mendapat kerjasama daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan menariknya terdapat kira-kira 80 orang anggota polis sebenar yang turut terlibat menjadi pelakon untuk menjayakan filem ini.

“Malah, seorang pegawai polis iaitu Penolong Ketua Pengarah ACP Lai Lee Ching turut bertindak sebagai Pengarah Projek dan beliau banyak membantu produksi dari segi penyelarasan jadual anggota polis agar kerja-kerja penggambaran dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, Denil mengakui kesukaran mencari penaja dan pelabur untuk menghasilkan filem berkenaan ternyata memberi cabaran tersendiri buat dirinya.

Ujarnya, ketika peringkat awal pembikinan, tidak ramai yang berminat untuk melabur kerana Oppa bukanlah sebuah filem komersial.

“Filem ini lebih kepada memberi kesedaran dan berbeza dengan filem berbentuk komersial. Namun, ia langsung tidak melemahkan semangat kami.

“Apa pun saya lega dan ingin berterima kasih kerana masih ada yang sudi melabur untuk merealiasikan filem Oppa, termasuk kepada PDRM yang sangat banyak membantu kami,” ujarnya.

Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

Pada masa sama, pengarah itu juga mengharapkan agar filem terbaharunya itu dapat memberi impak kepada penonton.

“Paling penting, kepada mereka yang menonton filem Oppa nanti akan sedar tentang bahayanya jenayah love scam yang semakin kerap berlaku.

“Sekurang-kurangnya cerita yang dipaparkan boleh menjadi pengajaran supaya tidak terperangkap dengan kes jenayah sebegini.

Filem OPPA Love Scam akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 9 Mei 2024.

Kisah Benar Seorang Guru Jadi Mangsa Love Scam dalam Filem OPPA

SINOPSIS FILEM OPPA

Ia mengisahkan tentang seorang guru, Tien berkenalan dan jatuh cinta dengan seorang jejaka kacak dan model dari Korea Selatan iaitu Oppa. Pada satu malam, Tien terdengar perbualan Oppa telefon dan dimaklumkan yang ibu kekasihnya itu sedang sakit tenat dan dia perlu pulang ke Korea Selatan dengan segera. Tien memberikan Oppa sejumlah wang yang banyak untuk memudahkan kekasihnya pulang dan menguruskan ibunya, manakala Oppa pula berjanji akan mengahwini Tien sebaik sahaja ibunya sembuh.

Bagaimanapun, Tien langsung tidak menerima sebarang perkhabaran daripada kekasihnya sehingga menimbulkan kerisauan serta tumpuannya untuk mengajar hilang. Kemudian pengawal keselamatan di sekolah Tien terjumpa banyak poster di kawasan kaki lima sekolah yang terpapar nama dan wajah Tien yang mengatakan dirinya seorang penipu besar dan enggan membayar semula wang yang dipinjam daripada  Ah Long, manakala Tien pula semakin berada dalam tekanan apabila kekasihnya itu menghilangkan diri.

BARISAN PELAKON

THEO JANG – Oppa

JACQUELINE GOH WAN YI – Tien

LEE ZI QI – Lee Qi

AMANDA TAN PEI FERN – Amanda

SADIQ M JAMIL – Sadiq

CHEN KUOYANG – Boss

JACK WONG SOON KIAT – Jack

LAVIN SEOW – Ibu Tien

LEVIN LOH TIEN NAM – Adik Tien

LAVINIYA NAIDU SURIANARAYANAN – Cikgu Lavi

MARIA FRANCISCA MARTINUS – Cikgu Maria

SRI GANESH A/L SHANMUGANATHAN – Ganesh

LOW CHIA SING – Encik Chow

YEE LIK CHIN – Orange

PETER HUGH DAVIS – Peter

JACK LING SING KONG – Pengawal Keselamatan

CP DATO’ SRI RAMLI MOHAMED YOOSUF – CP DATO’ SRI RAMLI MOHAMED YOOSUF

ACP LAI LEE CHING – ACP LAI LEE CHING

SUPT MOHD FAIZAL ZAINAL – SUPT MOHD FAIZAL ZAINAL

ASP RAHMAT FITRI ABDULLAH – ASP RAHMAT FITRI ABDULLAH

ASP MOHD YUSRI ABDULLAH – ASP MOHD YUSRI ABDULLAH

PRODUKSI

Penerbit – Dato Dr. Danny Tan & Dr. Aesos Lai

Pengarah – Captain Denil

Pengurus Projek – ACP Lai Lee Ching

Pengarah Fotografi – Jennifer Tan

Editor – Shah Reese

Post Produksi – AVS Screen Sdn. Bhd.

Pengarah Projek – Nidsom Hii

Pengarah Pemasaran – Mays

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagaimana Knox Vault Relevan Untuk Pengguna, Privasi Lebih Selamat

PRISM+ Lancar Luna Smart Air Conditioner System & Aura Smart Air Purifier