in , ,

Teater Ratna Kadhal 2023 Kupas Isu Perpaduan, Perkauman & Keluarga

Revolution Stage pentaskan kembali Teater Dwi-Bahasa Ratna Kadhal di PJPAC Oktober Ini

Buat pertama kali selepas lebih 10 tahun dipentaskan, Revolution Stage, dengan Kerjasama JKKN Selangor akan mempersembahkan Teater Ratna Kadhal yang kini akan dipentaskan di pentas yang lebih besar, membawa isu perpaduan, perkauman dan kekeluargaan. 

Pertama kali dipentaskan pada tahun 2012 di Kompleks Kraftangan Jalan Conlay, teater ini pernah menjadi tumpuan dan pujian ramai sehinggakan ianya dipentaskan kembali setahun selepas itu, dan dilakonkan oleh pelakon terkenal di tanah air, antaranya Beto Kusyairy, Azman Hassan, Aloy Paradoks dan Fazleen Hishamuddin. 

Walaupun banyak kali dipentaskan oleh pelajar-pelajar universiti dan kelas lakonan sepanjang 10 tahun yang lalu, pihak Revolution Stage membawa teater dwibahasa ini kembali ke pentas yang lebih besar, iaitu Stage 1 Theatre, PJPAC untuk menyampaikan mesej teater in dengan lebih meluasl 

Teater Ratna Kadhal 2023 Kupas Isu Perpaduan, Perkauman & Keluarga

Jika sebelum ini, pementasan Ratna Kadhal hanyalah dalam berskala kecil atau sederhana, penerbit dan pengarah Khairunazwan Rodzy ingin mencabar dirinya dan tenaga produksi untuk menjadikan Teater Ratna Kadhal ini lagi besar skalanya dan diiringi oleh barisan pelakon yang hebat berpengalaman. 

Bukan itu sahaja, bagi pementasan kali ini, Khairunazwan meletakkan kepercayaan kepada gabungan pelakon teater baru dan lama untuk menjadikan adunan yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 

Antara barisan pelakon yang akan mewarnai Teater Ratna Kadhal ini adalah Pengacara dan Pelakon Sugeeta Chandran dan Uyaina Arshad, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2019, Rosdeen Suboh, Penerima Anugerah Best Male Debut di Anugerah Telenovela 2023, Idham Maulana, Aghonderan Sahadevan dan barisan pelakon muda dan kian meningkat seperti Bai Haq Majid, Khal Isyaf dan ramai lagi. 

“Untuk Ratna Kadhal 2023, selain kita membawakan pelakon berbangsa India untuk membawa watak Ratna, Siva dan Krishnan, saya juga akan membawa sedikit perubahan dari pengarahan dan visual cerita ini untuk menampakkan dia lebih menarik dan berskala besar dari pementasan sebelummnya,”

– Khairunazwan 

Menurut Khairunazwan juga, visual dan konsep yang baru ini bukan sahaja akan membawa penonton lebih mendalami dan menghayati pementasan, ia juga akan lebih mengangkat isu perkauman dan perpaduan yang menjadi tulang belakang kepada karya yang juga ditulis olehnya sendiri. 

Bagi penerbit produksi, Kirin Muhamad, menjayakan projek ini merupakan satu usaha yang melangkaui pentas teater, kerana isu perpaduan dan perkauman yang dibawakan sangat relevan dengan masyarakat dan memberi kesedaran kepada khalayak ramai, walaupun latar dalam pementasan ini adalah dari tahun 1950an dan 1990an. 

“Kami ingin meneruskan tradisi dan misi utama di Revolution Stage, dimana kami bukan sahaja membawa hiburan, tapi membawa mesej yang bermakna, disamping mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk menonton dan menghargai teater tempatan.” 

– Kirin Muhamad

Teater Ratna Kadhal bakal dipentaskan pada 11 – 15 Oktober di PJ Performing Arts Centre (PJPAC) dan tiket boleh didapati di www.revolutionstage.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hidung Kembang & Kulit Berlubang, Liza Hanim Sedih Rupa Paras Dihina Netizen

GEGAR VAGANZA 2023

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza