in ,

Teater DUA TIGA KUCING BERLARI di BLACKBOX ASWARA, Kuala Lumpur 

Produksi Teater Moden 2023 ini merupakan Penilaian Akhir bagi pelajar-pelajar diploma teater tahun satu di Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) yang wajib lulus.

Pelajar-pelajar tersebut akan dinilai mengikut pengkhususan mereka tersendiri seperti pengurusan produksi, lakonan dan artistik. Teater moden merupakan sebuah teater realisme yang menunjukkan seperti kejadian sebenar. 

Teater DUA TIGA KUCING BERLARI di BLACKBOX ASWARA, Kuala Lumpur

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk meraih sokongan baru daripada khalayak ramai yang tidak tahu akan dunia seni yang sangat indah ini, serta membuka peluang kepada mereka yang ingin belajar berkenaan Teater, terutamanya konsep Teater Moden. 

Bantera Production telah ditubuhkan pada tahun 2023 melalui bimbingan daripada Pn Engku Nor Zalifah dan En Shah Dolken, Bantera Production merupakan persatuan yang telah ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Teater yang sangat bersemangat dalam industri seni, pelbagai pementasan yang bakal mereka pentaskan seperti teater kanak-kanak,pengarahan, teater environmental,termasuk teater moden dan pelbagai lagi.

Datang dari pelbagai negeri dan pelusuk nusantara(Bentala),bersatu dengan membawa kesegaran baru (Panera) maka tercetusnya lah persatuan BANTERA PRODUCTION, bersama semangat anak muda dalam industri seni tanah air. 

Teater DUA TIGA KUCING BERLARI di BLACKBOX ASWARA, Kuala Lumpur

Sinopsis DUA TIGA KUCING BERLARI

DUA TIGA KUCING BERLARI merupakan karya Kala Dewata yang mengangkat tema perkauman apabila cinta antara Melayu dan Cina yang dianggap komunis dihalang oleh keluarga.Begitu juga perjuangan serta kesetiaan dapat diangkat daripada seorang lelaki yang tegar dan sanggup berjuang demi cinta,negara dan bangsa.Selain yang demikian,diselitkan pula hidup persahabatan antara pemuda yang kekal juga kukuh sekian lamanya.Cerita ini diangkat daripada pemikiran penulis selepas kejadian isuperkauman 13 Mei 1969. 

TEMPAT 

BLACKBOX ASWARA, Kuala Lumpur 

TARIKH
7,8,9 JULAI
2023 

MASA 

3 PM & 8:30 PM 

TIKET 

SUMBANGAN MINIMUM RM5 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND

LEGOLAND® Malaysia Resort Perkenal MINILAND Amazing Malaysia

monoloQue

Pancasona Lancar MV Single Pertama Berjudul Dia Datang dari Gostan