in , ,

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! Kini Telah Ditayangkan di Astro First

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! Ditayangkan Di Astro First Dengan Versi Eksklusif, Lebih Banyak Kesan Visual

Animasi popular Malaysia, Upin & Ipin telah tampil dengan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lalu di Malaysia serta Singapura.

Teater tersebut telah mendapat sambutan positif daripada jutaan penonton yang meliputi anak kecil serta orang dewasa. Rentetan daripada kejayaan tersebut, pihak penerbit Les’Copaque Production membawa Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! untuk dipersembahkan di platform Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 Mei ini.

Lebih istimewa, versi yang akan ditayangkan di Astro First  adalah berbeza dan memperlihatkan penggunaan kesan visual menggunakan teknologi multimedia  yang lebih banyak sepanjang teater dipersembahkan. 

Poster TEATER MUZIKAL UPIN _ IPIN – PIN PIN POM!

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ini sangat istimewa kerana ianya mempunyai elemen multimedia serta lagu-lagu yang digubah oleh komposer Les’ Copaque sendiri. Teater ini juga merupakan 100 peratus karya anak tempatan.

Teater berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan dan menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti serta menampilkan beberapa watak baharu yang kali pertama diketengahkan dalam pementasan teater seperti karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan.

Kesemua watak ini dilakonkan sepenuhnya oleh maskot dengan kostum menarik yang direka khas untuk pementasan teater tersebut. 

Cerita asal merupakan hasil idea Hajah Ainon Bt Ariff dan beliau juga merupakan penulis skrip bersama Nur Naquyah Binti Burhanuddin. Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin & Ipin ke dunia Pin Pin Pom! demi menyelamatkan diri dan kawan-kawan daripada cengkaman Nenek Kebayan yang mencari Batu Delima Sakti.

Teater ini penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati di samping lagu-lagu yang menghiburkan. Terdapat 10  buah lagu yang dipersembahkan di teater ini dan mengangkat lagu  Upin & Ipin – Pin Pin Pom! sebagai lagu tema utama pementasan ini.

Lagu tersebut menyelitkan dialog simbolik ‘Pin Pin Pom!’ yang amat popular dari salah satu siri Upin & Ipin dan diiringi dengan susuan muzik yang ‘catchy’. 

Selain itu, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! di Astro First ini turut diselitkan sesi temu ramah eksklusif bersama tenaga-tenaga kreatif di sebalik tabir yang menjayakan teater ini serta barisan pelakon utama alih suara.

Saksikan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! bermula 18 Mei 2023 Di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FURQAN FAWWAZ

Furqan Fawwaz Lancar Single Hey Anta Bangkitkan Semangat & Rasa Cinta 

SHARNAAZ AHMAD

Pecah Rekod! Polis Evo 3 Raih Kutipan Lebih RM10 Juta Dalam Masa Tiga Hari