Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2



BERKONGSI UCAPAN KHAS DEEPAVALI ARTIS BOLLYWOOD MENERUSI RANG DE DIWALI DI TV2

Meskipun dipisahkan jauh beribu batu dengan artis-artis kesayangan dari Bollywood yang sememangnya dikagumi bakat mereka membawakan watak-watak berkesan dalam filem serta suara merdu nyanyian mereka, namun sempena perayaan Deeepavali ini penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat menyaksikan sendiri dan berkongsi ucapan Deepavali dan lagu-lagu muzikal menghiburkan bersama mereka.

Disiarkan sehari sebelum menjelangnya sambutan Deepavali, Rang De Diwali bakal menemui penonton pada 16 Oktober 2009 (Jumaat), jam 5.00 petang di TV2 dengan variasi pengisian program yang diyakini mampu membuatkan penonton terhibur dan berkongsi saat manis bersama.

Rang De Diwali dibawa khas oleh Sri Saheb Production Sdn Bhd sempena menyambut perayaan cahaya iaitu Deepavali akan ke udara selama satu jam ini selain dapat menghiburkan masyarakat Hindu yang meraikan perayaan ini turut dilihat mampu menyumbang kepada mengeratkan lagi perpaduan diantara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum kerana peranan muzik yang diukur tanpa batasan.

Para penonton dapat menghayati lagu-lagu perayaan Deepavali ini bersama pengacaranya Gina Dhaliwal. Malah juga turut dimuatkan dengan ucapan-ucapan sempena hari Deepavali daripada mereka yang tidak dapat menyambutnya bersama keluarga.

Menariknya rancangan ini juga dimuatkan dengan lagu-lagu dari filem-filem terbaru keluaran Bollywood untuk menyerikan lagi suasana di hari Deepavali di mana lagu-lagu tersebut yang akan dipersembahkan oleh artis-artis tempatan yang berpakaian ala –ala Bollywood. Ianya telah dirakam dilokasi-lokasi menarik disekitar negara kita.

Sesuatu yang menjanjikan kemuncak istimewa apabila para penonton juga berpeluang menyaksikan ucapan-ucapan khas hari Deepavali dari artis-artis Bollywood kesayangan mereka seperti Kareena Kapoor, Shah Rukh Khan, Lara Dutta, Priyanka Chopra dan ramai lagi kepada peminat setia yang tidak melepaskan peluang menyaksikan mereka di layar TV2.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Program TV Sempena Deepavali di TV2
  • Filem Pertama Bollywood Shooting di China Chandni Chowk To China di TV2
  • AMARKALA DEEPAVALI 2010
  • Irama Bollywood Menerusi Bollywood Times, Minnal FM
  • Filem Dostana Sempena Deepavali di TV2
  • Program Khas Sempena Deepavali di TV2
  • Maxis Rewards Customers During Deepavali
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • Sah! Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Bertunang
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK