in ,

Video Show Hujan Mencari Konklusi di Majlis Pelancaran Album Digital

Grup band indie tersohor, HUJAN ternyata memberi ledakan baru dalam industri muzik tanahair. Kini, tampil pula dengan album baru yang lebih matang dan lebih ‘ganas’, bikin satu fenomena luar biasa dalam arus industri muzik perdana.

Album yang diterbitkan oleh Noh Phrofile, Mencari Konklusi dah pun berada di pasaran sejak 18 Ogos lalu. Dalam album kedua ini, HUJAN bekerjasama dengan Metadome Sdn Bhd yang akan membuat promosi dan memasarkan album ini dalam bentuk digital.

Di Majlis Pelancaran Album Digital HUJAN – Mencari Konklusi yang diadakan di Hard Rock Cafe pada jam 3 petang semalam, Hujan turut melantunkan hit single mereka, Mencari Konklusi. Budiey ada rakam persembahan mereka. Saksikannya~

Selamat menonton~

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Pelancaran Portal Gundu

Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2