in , ,

Keputusan Markah Peserta Konsert Bintang RTM 2024 Minggu Pertama

Ernie Zakri juara Bintang RTM 2009 pula diundang selaku juri jemputan.

Peringkat Suku Akhir Pertama Bintang RTM 2024 yang yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Sabtu lalu menyaksikan kesemua 14 peserta bakal mara ke peringkat seterusnya minggu hadapan. Tiada penyingkiran dilakukan minggu pembukaan ini.  

Peserta berasal dari Kuching, Sarawak Roziena Ixzy, 26, berjaya menambat hati juri dengan persembahan lagu ‘Fallin’ sekaligus dipilih peserta terbaik bagi minggu pertama konsert Bintang RTM 2024. Mahu dikenali Roxy Ixzy memperolehi markah 86.3%.

DATUK SYAFINAZ BERI KOMEN KEPADA PESERTA

Sementara itu untuk minggu pengenalan ini, peserta Hady Huv yang menyampaikan lagu ‘Terlalu Istimewa’ diundi berada ditangga terbawah dengan peratusan markah 60.3%.

Persembahan 12 peserta lagi tidak kurang menghiburkan dan mendapat pujian barisan juri tetap terdiri daripada LY, Datuk Syafinaz Selamat, dan Raja Sham. Manakala Ernie Zakri juara Bintang RTM 2009 pula diundang selaku juri jemputan.

Berikut adalah kedudukan peserta berdasarkan markah-markah keseluruhan konsert minggu 1 daripada juri profesional. Kesemua peserta telah dinilai sepenuhnya melalui sistem permarkahan 100% oleh pihak juri.

  1. Roziena Ixzy (Roxy Ixzy) – Fallin (86.3%)
  2. Feka – Kata (80.7%)
  3. Akmar Natasha – Jagalah Diri (78.7%)
  4. Scha Nuril – When We Were Young (78.7%)
  5. Jon – Biar Saja (78.7%)
  6. Shah Rezza – Kepada Hati (78%)
  7. Dhania – Drama (77%) 
  8. Zizi Safira – Purnama Merindu (75.3%)
  9. Harris – Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (75%)
  10. Azumi – Sumpah (74.7%)
  11. Joy – Diari Hatimu (72.7%)
  12. Eylia Guntabid – It’s All Coming Back To Me Now (72.7%)
  13. Noy – Seksis (67.3%)
  14. Hady Huv – Terlalu Istimewa (60.3%)
MARKAH BRTM MINGGU 1 (2)
MARKAH BRTM MINGGU 1 (1)

Menampilkan hos Awal Ashaari, pertandingan ini disiarkan setiap Sabtu, pukul 9.00 malam disiarkan secara langsung melalui TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iss Arfan & Nadzira Shafa Lancarkan Duet Kedua SEMPURNAKAN AKU

Filem Town Mall 2 Projek Penuh Misteri Kembali Menghantui Anda Di tonton