in , ,

Wajib Tonton! Enam Program Khas Yang Menarik Raikan Hari RTM Ke-78

Enam program khas menanti penonton saluran utama TV1 bermula pada 30 Mac ini, pukul 11.00 pagi disiarkan program Cuit Sikit Jangan Sentap.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan pelbagai pengisian menarik kepada seluruh penonton setia saluran TV1, TV2 juga Okey sempena sambutan ulangtahun RTM yang ke-78 tahun ini. Malah kesemua program yang telah bersiaran di TV, boleh ditonton semula di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).  

Enam program khas menanti penonton saluran utama TV1 bermula pada 30 Mac ini, pukul 11.00 pagi disiarkan program Cuit Sikit Jangan Sentap. Program yang mengetengahkan isu golongan muda yang menyentuh nilai-nilai murni dan kerohanian ini menampilkan gandingan pengacara Irfan Syahmi, Hafez Dolson dan Syairul Islam. 

Diikuti program Iris Wanita pada 31 Mac, pukul 11.00 pagi yang membincangkan isu dan topik berkaitan wanita. Dua pengacara Hanie Hamid dan Zack Kirana bersama-sama tetamu undangan berkongsi topik khas.

Wajib Tonton! Enam Program Khas Yang Menarik Raikan Hari RTM Ke-78

Saksikan bual bicara sempena meraikan sambutan Hari RTM, Bicara Naratif pada 1 April ini, pukul 9.00 malam dengan penampilan khas Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang berkongsi aspirasi RTM sebagai stesen penyiaran terunggul negara. 

Menyusul selepas itu, drama pendek berdurasi 60 minit terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk Hari Itu Dalam Sejarah disiarkan pada 1 April ini, pukul 10.30 malam. Drama yang berlatar tahun 80-an ini dibintangi Khir Rahman, Raja Azrey, Nadia Aqilah, Dewa Sapri, 

Putera dan Kumpulan Takal mengisahkan seorang guru yang pertama memiliki televisyen warna dan telah menjadi kebanggaan penduduk kampung.

UDTV RTM juga turut menerbitkan telefilem khas iaitu Perang Panjut Tujuh Likur disiarkan pada 6 April ini, pukul 9.00 malam yang menampilkan gandingan pelakon utama Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Fauziah Nawi, dan Dalimawati selain turut dibantu Raf Roslee, Dina Allysha, Idan Aedan, Fathil Dani, Jeri dan Sayyid Bakir mengisahkan tiga wanita veteran yang dahulu semasa mudanya bersahabat baik Hanan, Numa dan Sabariah. Menjelang Ramadan, Tok Su Piah (Ketua Kampung Wanita) mahu mengadakan pertandingan Pesta Panjut bagi meraikan malam tujuh likur di kampung mereka.

Saluran TV2 juga tidak kurang meriahnya dengan menjanjikan tayangan filem Karnan pada 31 Mac ini, pukul 9.00 malam yang diinspirasikan daripada sebuah kisah benar yang terjadi pada tahun 1955 di Podiyankulam, Tamil Nadu. Karnan, seorang pemuda, memberontak dengan layanan tidak berperikemanusiaan yang diberikan kepada penduduk kampungnya dan memperjuangkan hak mereka.

Wajib Tonton! Enam Program Khas Yang Menarik Raikan Hari RTM Ke-78

Diikuti dua drama iaitu Pendoa Yang Ikhlas pada 1 April ini, pukul 9.00 malam lakonan mantap Bohari Ibrahim, Zahiril Adzim, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, dan Azman Hasan. Esoknya, saksikan juga drama Rindu berkisar tentang, seorang gadis kampung tidak kenal erti lelah dalam mencari rezeki dan berbakti buat ibu bapanya walaupun tidak dihargai.

Tragedi malang yang menimpa, benar-benar menampar dan memberi kesedaran kepada keluarga ini tentang pengorbanan seorang anak. Lakonan Ezzaty Abdullah, Linda Hashim, Haeryanto Hassan, Laila Nasir, Fimie Don, dan Lia Natalia.  

Wajib Tonton! Enam Program Khas Yang Menarik Raikan Hari RTM Ke-78

Saluran Okey menyiarkan dokumentari mengenai perjalanan seni seorang permata dalam dunia lakonan yang bernama Norlia Ghani. Ikuti perjalanan karier beliau yang dicungkil bakatnya oleh lagenda seni negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Pelbagai memori dikongsi oleh beliau sepanjang bergelar anak seni dalam program Dokumentari Norlia 

Ghani, Permata di Hujung Usia disiar pada 1 April ini, pukul 10.00 malam. Turut ditemubual Rusdi Ramli (Anak), Zahora Gany Batusha @ Lola, Rashid Sibir dan A.R Badul.

Wajib Tonton! Enam Program Khas Yang Menarik Raikan Hari RTM Ke-78

Akhir sekali RTM mengajak penonton mengimbas kembali drama yang telah dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik dalam Anugerah Telenovela 2023 bertajuk Sesekali yang akan bersiaran pada 1 April ini, pukul 4.00 petang. Drama arahan Hisyamudian Ahmad ini turut mengungguli kategori Pengarah Telefilem Terbaik, Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik (Beto Kusyairi), Pelakon Pembantu Telefilem Trbaik (Hariry Jalil), dan Penulis Skrip Telefilem Terbaik (Lily Haslina Nasir).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NABILA RAZALI PUTUS

Nabila Razali Hadir Dengan Lagu Raya Pertamanya Yang Berjudul ‘Raya Mana?’

KAKA AZRAFF

Lagu DILEMMA Runut Racun Rihanna Jadi Saksi Kebangkitan Kaka Azraff