in , ,

Cempaka Melati Sebuah Drama Adaptasi Novel Pertama Buka Tirai 2024

Drama adaptasi novel “Cempaka Melati” karya Zahida Zarkasi menjadi pembuka tirai pilihan drama terbaharu menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama 26 episod arahan Amirul Fadhli ini menggandingkan pelakon utama Sharifah Husna dan Azrel Ismail sebagai teraju utama.

Turut menampilkan pelakon Eizlan Yusof, Zarynn Min, Dian P Ramlee, Kuza Muzani, Jasmin Hamid, Kay Maria juga Fathil Dani, ia disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.00 malam di TV2 atau strim melalui RTMKlik.

Cempaka Melati Sebuah Drama Adaptasi Novel Pertama Buka Tirai 2024

Plot kisahnya tentang Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh. 

Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu.

Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati. Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Melati putus dengan dia dulu.

Cempaka Melati Sebuah Drama Adaptasi Novel Pertama Buka Tirai 2024

Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff.

Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan-kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati.

Sejarah hidup Melati turut menjadi perhatian hingga membuatkannya terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya. Melati berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan. Mampukah Melati menerima segala kebenaran yang terbongkar?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagaimana Teknologi Bakal Mengubah Hidup Anda di 2024 Menurut Pakar

HAMDAN SENARIO

Hamdan Senario Meninggal Dunia, Ada Jangkitan Kuman Dalam Darah