in , ,

Unit Drama TV RTM Terbit DON’T WISH ME MERRY CHRISTMAS

Radio Televisyen Malayisa (RTM) melalui Unit Drama RTM berkongsi keceriaan sambutan Hari Natal yang diraikan pada 25 Disember dengan menerbitkan drama khas bertajuk “Don’t Wish Me Merry Christmas”.

Arahan Muhamad Ikhsan Sukiman, telemovie yang menampilkan pelakon Fabian Loo, Theebaan G, dan Elvina Chua ini disiarkan pada 25 Disember ini, pukul 8.00 malam di TV2. 

Ia membawakan kisah Stanley merupakan seorang pegawai bank yang tidak suka dengan sambutan Hari Natal. Menurut beliau, sambutan Hari Natal adalah hari malang yang mana beliau sendiri pernah mengalami insiden dan peristiwa buruk pada beberapa Hari Natal yang lepas. 

Keadaan ini berbeza dengan David, rakan karib Stanley. David sangat teruja untuk menyambut Hari Natal dan sentiasa cuba untuk mempengaruhi Stanley menukar pandangan pesimistiknya terhadap Hari Natal. David mengambil keputusan untuk membuat pertaruhan dengan Stanley di mana jika Stanley mengucapkan ucapan Hari Natal kepada sesiapa maka Stanley perlu belanja David makan. Stanley bersetuju dan David memberitahu isterinya, Natalie tentang rancangannya. 

David melaksanakan beberapa rancangannya supaya Stanley menyukai Hari Natal tetapi tidak berjaya. Berlakulah pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan David jatuh pengsan dan terpaksa dihantar ke hospital. David disahkan menghidap penyakit kanser perut dan tidak mempunyai masa yang lama. 

Dalam masa yang sama, Stanley dapat tahu bahawa David mengambil hutang baru dan keadaannya yang sakit boleh menimbulkan risiko untuk kafe milik David disita. Selain itu, mereka juga dapat tahu bahawa Natalie kini sudah mengandung. Perkara ini menyebabkan Stanley lebih percaya bahawa Hari Natal ini membawa malang bertimpa-timpa dan tidak patut disambut. 

Stanley mengambil keputusan untuk menyelamatkan kafe David dan secara tak langsung memberitahu David tentang rahsia yang disimpan lama. Stanley tidak suka pada sambutan Hari Natal adalah kerana dia kehilangan ibunya pada Hari Natal ketika Stanley sedang berpesta di tempat lain. 

David cuba memujuk Stanley tetapi Stanley membawa diri. Ketika Stanley diserang panik melampau, pekerja David, Mrs Chan menemui Stanley dan cuba untuk menenangkan Stanley. Namun adakah percubaannya berjaya untuk mengubah pendirian Stanley? Ikuti kesudahannya di TV2 juga boleh menyaksikan secara penstriman langsung menerusi RTMKlik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Habis Dalam Masa 2 Jam

SOLOZ

Meet & Greet Bersama Soloz di Mid Valley, Menangi Hadiah Bernilai RM20,000