Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Featured Video di BUDIEY.COM
Persembahan Anuar Zain di Malam Gala Hari Ibu 2012 - Kau Bunga Cintaku



Subscribe My Video. Klik HERE


Ads Text Pakej 5 Here!

+ Jom Surf My New Blog
Jurnal & Secret. Jangan Klik!




Filem Menarik Sempena Hari Wesak di RTM

May 16th, 2011 | Category: RTM |
No Comments »


LIMA FILEM INGGERIS HEBAT SEMPENA HARI WESAK DI RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan lima program khas berturut-turut sempena Hari Wesak yang disambut pada 17 Mei ini. Ternyata RTM mengutamakan penonton setia salurannya dengan variasi program yang menghiburkan terutama ketika meraikan sesebuah perayaan.

Lima filem hebat yang dijanjikan tayangannya sepanjang 17 Mei ini termasuklah filem Monster Vs Alien : Mutant Pumpkin From Outer Space (jam 9.30 pagi), Secret of The Furious Five (jam 10.00 pagi), Mulan 2 (jam 10.30 pagi), George of The Jungle (jam 01.00 petang) dan The Golden Child (jam 03.00 petang) menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

filem secret of the furious five

Bermula tayangan filem Monster Vs Alien : Mutant Pumpkin From Outer Space yang menonjolkan kesemua watak dijayakan Reese Witherspoon, Seth Rogen, Hugh Laurie, Will Arnett, Conrad Vernon, Rainn Wilson, Kiefer Sutherland, Stephen Colbert dan Paul Rudd. Filem animasi komputer terbitan tahun 2009 yang dihasilkan oleh DreamWorks Animation dan diedarkan oleh Paramount Pictures ini menceritakan bagaimana orang mempersiapkan diri untuk Halloween dan banyak mengangkat tema Halloween dan dekorasi membuat animasi pendek yang tampak sangat meriah. Filem ini ditujukan terhadap anak-anak kerana banyak kelimpahan gula-gula dalam setiap babak.

Menyusul animasi Secret of The Furious Five yang mengambil suara Jack Black, Dustin Hoffman, David Cross, Randall Duk Kim, Carol Kane, Jaycee Chan, Jessica Dicicco dan Tara Strong yang mengisahkan watak Po yang ditugaskan untuk melatih sekumpulan arnab dengan seni Kung Fu. Po menggunakan pendekatan melalui teknik bercerita tentang asas konsep falsafah ‘ Furious Five’ untuk melatih mereka menjadi individu yang hebat dalam seni Kung Fu.

Setelah itu saksikan pula Mulan 2 yang mengambil latar kisah kesinambungan Mulan bersama tunangnya General Lee Shang dengan misi baru mereka mengiringi tiga orang puteri Maharaja menyeberangi negera untuk bertemu dengan bakal tunang mereka. Filem animasi ini berkisar kepada mengatur perkahwinan, ketaatan, perhubungan, membuat keputusan, kepercayaan dan bertemu cinta sejati. Filem ini mengetengahkan watak Fa Mulan menggunakan suara Ming Na, Mark Moseley (Mushu), B.D. Wong (General Li Shang) dan Lucy Liu (Puteri Mei).

Bagi mereka yang gemarkan filem bercorak komedi, luangkan masa menonton George of The Jungle lakonan hebat Brendan Fraser, Leslie Mann, Thomas Haden Church dan Richard Roundtree yang mengajak penonton bergelak ketawa dengan watak George yang telah membesar bersama sekumpulan beruk di dalam sebuah hutan. Pelbagai kejadian yang mencuit hati berlaku setiap hari yang menyaksikan bagaimana George menyesuaikan diri di situ.

Peminat aktor hebat Eddie Murphy jangan ketinggalan menyaksikan filem The Golden Child yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kebolehan misteri di sebuah kuil yang terletak di sebuah lokasi di Tibet. Kanak-kanak tersebut digelar ‘Golden Child’. Kanak-kanak itu diculik dan Chandler Jarrell seorang pekerja sosial berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Filem ini turut dibintangi Charles Dance, Charlotte Lewis, Victor Wong, Randall Cobb dan James Hong.

FILEM GEORGE OF THE JUNGLE

Tags: , , , , , ,



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Brad Pitt & Chow Yun Fat Khas Raikan Hari Wesak
  • Bulletproof Monk Tayangan Khas Hari Wesak
  • Filem Stitch The Movie & Raising Helen di TV2
  • The Golden Child & The Glimmer Man di TV2
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • DRAMA KANAK-KANAK DAN FILEM ANIMASI SEMPENA MERDEKA
  • Gone With the Wind Filem Klasik Sempena Krismas
  • Malaikkotai dan Sivaji The Boss di RTM Sempena Deepavali
  • Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2



  • Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Media Islam Negara ke-2

    July 18th, 2008 | Category: Siti Nurhaliza |
    8 Comments »


    DATO’ SITI NURHALIZA SERIKAN SIARAN LANGSUNG ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KALI KEDUA PADA 24 JULAI 2008 DI RTM1

    Malam pengiktirafan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) yang memasuki tahun kedua pengajurannya kali ini diserikan persembahan Dato’ Siti Nurhaliza selain meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkannya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

    Majlis yang dianjurkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini pastinya lebih gemilang dan meriah kerana penambahan dua kategori yang dipertandingkan berbanding sebelumnya menjadikan semuanya enam kategori. Enam kategori itu termasuklah Anugerah Penerbitan Radio, Anugerah Penerbitan TV, Anugerah Penerbitan Media Cetak, Anugerah Penerbitan Drama, Anugerah Laman Web dan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

    Menerusi Anugerah Penerbitan Radio dan Anugerah Penerbitan TV melibatkan pencarian kepada memilih Penerbit Dokumentari Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Majalah Berunsur Islam Radio Terbaik, Penerbit Bicara Wara Berunsur Islam Radio Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik, Penyampai Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik, Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Lelaki Terbaik dan Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik.

    Namun menerusi Anugerah Penerbitan TV iaitu Tetamu Undangan Rancangan Agama Radio Wanita Terbaik tidak dipertandingkan kali ini.

    Manakala Anugerah Penerbitan Media Cetak pula menarik penyertaan kepada individu berminat menghantar penyertaan bertanding Penerbit Akhbar Terbaik, Penerbit Terbitan Berkala Terbaik, Penerbit Buku Terbaik, Penulis Rencana Terbaik dan Penulis Buku Terbaik.

    Sementara itu menerusi Anugerah Penerbitan Drama menyaksikan anugerah dipertandingkan iaitu Penulis Skrip Drama Berunsur Islam Radio Terbaik, Penulis Skrip Drama Berunsur Islam TV Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Lelaki Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam Radio Wanita Terbaik, Pelakon Drama Berunsur Islam TV Lelaki Terbaik dan Pelakon Drama Berunsur Islam TV Wanita Terbaik.

    Anugerah Laman Web yang baharu diperkenalkan pula menyaksikan pencalonan untuk kategori Penerbit Drama Berunsur Islam Radio Terbaik dan Penerbit Drama Berunsur Islam TV Terbaik. Selain pencalonan istimewa mencari satu-satunya memilih pemenang dinobatkan Anugerah Perdana Media Islam Negara.

    Pastinya kriteria pemilihan pemenang kepada setiap anugerah yang dipertandingkan dipatuhi oleh seramai 180 penyertaan yang diterima.

    Antaranya melibatkan kandungan cerita yang dapat memberikan sumbangan dan kemajuan ummah, dinamik dan relevan, persembahan yang berkualiti, personaliti yang menampilkan imej baik dan sopan semasa penyampaian, tokoh yang bergiat aktif dalam rancangan agama radio dan TV, akbar yang dominan, aktif dan realistik boleh diaplikasikan, skrip yang baik dan berkualiti selain drama yang diarahkan mestilah berkualiti.

    Selain menyaksikan persembahan artis tersohor Dato’ Siti Nurhaliza, majlis penganugerahan ini turut menampilkan Aris Ariwatan, Nassier Wahab, Siti Fairus, Mohram selain Kumpulan Rabbani, Far East dan An Najwa yang pastinya dapat menghiburkan tetamu dan penonton dengan ranngkaian lagu popular masing-masing.

    Pengacara majlis yang di ketengahkan juga melibatkan Shamsul Ghau Ghau, Dr. Fazley dan juga pelakon drama dan filem sensasi Fahrin Ahmad.

    Kepada anda menyokong usaha menggalakkan penerbitan media penyiaran, media cetak, penulis dan pengkarya di negara ini menghasilkan karya berkaitan Islam, jangan ketinggalan menyaksikan Anugerah Media Islam Negara (AMIN) secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi RTM1, jam 09.00 malam pada 24 Julai 2008 (Khamis).

    [tags]dato’ siti nurhaliza, anugerah media, islam, negara, Anugerah Laman Web, amin, Pelakon Drama, Berunsur Islam, Radio Wanita, Terbaik, rtm, jakim, Penulis Buku Terbaik, akhbar, popular, aris ariwatan, fahrin ahmad, Shamsul Ghau Ghau, Dr. Fazley, Aris Ariwatan, Nassier Wahab, Siti Fairus, Mohram[/tags]

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH 2011/12
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Siti Nurhaliza Bersama Idola Kecil 3
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah PPMH Media Hiburan
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sirah Junjungan
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010



  • Pelakon Drama Wulan Giovani L. Tobing & Dhini Aminarti Di Malaysia

    July 9th, 2008 | Category: Drama |
    15 Comments »


    DUA PELAKON UTAMA DRAMA BERSIRI ‘WULAN’ BAKAL BERADA DI KUALA LUMPUR MENJALANI SESI PROMOSI

    Dua orang teraju utama dalam drama bersiri ‘Wulan’ yang sedang hangat bersiaran di RTM1 bakal berada di Kuala Lumpur bermula 11 Julai hingga 14 Julai ini. Dua teraju utama yang maksudkan ialah hero juga heroin drama sensasi ini iaitu Dhini Aminarti yang mendukung watak Wulan serta Giovani L. Tobing yang memegang watak Budi.

    Mereka berdua akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.00 petang. Ketibaan mereka akan disambut oleh 40 orang ahli Sahabat KLfm. Setibanya di KLIA dua bintang popular ini akan menghabiskan masa beramah mesra bersama ahli Sahabat KLfm yang turut serta di KLIA.

    Pada keeokan harinya pada 12 Julai (Sabtu), seawal jam 9.00 pagi para peminat dua orang aktor dan aktres ini boleh menyaksikan mereka di kaca televisyen mererusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Manakala, pada jam 2.00 petang mereka berdua akan muncul dalam rancangan HITS 1 juga di saluran RTM1.

    Manakala pada sebelah petang bermula jam 4.00 petang Dhini Aminarti dan Giovani L. Tobing bakal menjalani sesi prromosi dia lima stesen radio RTM. Lima stesen radio yang bakal dikunjungi dua bintang ‘Wulan’ ini adalah Klasik Nasional, KLfm, SELANGORfm, TRAXXfm dan MUZIKfm. Mereka akan berada lebih kurang 15 minit di setiap stesen radio bagi sesi temu ramah bersama juruhebah yang bertugas.
     
    Mereke bakal meneruskan sesi promosi dengan menghadiri Majlis Sidang Media Wulan pada 14 Julai (Isnin), jam 10.30 pagi yang akan diadakan di Manhattan V, Berjaya Times Square Hotel & Commercial Centre. Pada majlis tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz bulanan ‘Wulan’. Mereka berdua akan berangkat pulang ke Indonesia pada hari yang sama.

    Pastikan anda peminat setia drama bersiri ‘Wulan’ yang mengisi slot Arca, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.30 malam tidak melepaskan peluang menyaksikan mereka di RTM1 dan mendengar mereka bersiaran di radio Klasik Nasional, KLfm, SELANGORfm, TRAXXfm dan MUZIKfm.

    [tags]drama wulan, sinopsis wulan, rtm, digital tv, rtm global, blog online, Dhini Aminarti, Giovani L. Tobing, Klasik Nasional, KLfm, SELANGORfm, TRAXXfm, MUZIKfm, Berjaya Times Square Hotel, Commercial Centre[/tags]

     

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,



    Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile GIOVANI L. TOBING Pelakon Drama Wulan
  • Profile DHINI AMINARTI Pelakon Drama Wulan
  • Sinopsis Drama Wulan Lakonan Dhini Aminarti dan Giovani L Tobing
  • WULAN KEMBALI MULAI 13 JANUARI 2009 DI TV2
  • Pelakon Drama Wulan Dhini, Giovani Ketepikan Perbezaan Atas Nama Seni
  • Profile Asmirandah Pelakon Drama Wulan
  • Tipu Kanan Tipu Kiri
  • Profile RIO REIFAN
  • Profile ALICE NORIN
  • Profile Aditya Herpavi Rachman








  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK