in , ,

RTM Papar Inisiatif Kerajaan Untuk Keluarga Malaysia dalam Program Bual Bicara Terbaharu INKLUSIF

Jangan lupa untuk menonton program bual bicara terbaharu INKLUSIF setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8.40 hingga 9.00 malam menerusi saluran TV1, program ini juga boleh diikuti melalui Facebook Berita RTM serta RTM Klik.

Tempoh dua puluh minit yang cukup bermakna pastinya dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai media rasmi kerajaan dalam program terbaharu terbitannya, “Inklusif”, bual bicara eksklusif bersama menteri-menteri kabinet Malaysia dalam meninjau perancangan dan perlaksanaan program yang dilaksanakan kementerian masing-masing, khususnya untuk tempoh 100 hari pertama.

RTM Papar Inisiatif Kerajaan Untuk Keluarga Malaysia dalam Program Bual Bicara Terbaharu INKLUSIF

Disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8.40 hingga 9.00 malam menerusi saluran TV1, program ini juga boleh diikuti melalui Facebook Berita RTM serta RTM Klik.

Fungsi, peranan dan pelbagai inisiatif kerajaan yang bekerja bersama-sama Keluarga Malaysia demi memangkin semula kekuatan ekonomi, sosial, kesihatan dan politik negara diterjemahkan dalam program terbitan RTM ini. 

Ia pastinya turut memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai isu-isu berkaitan Kementerian yang menjadi topik hangat perbincangan semasa. 

Nantikan fokus utama bakal dikongsikan bersama penonton RTM pada 29 September ini yang mengundang YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin (KPM) dengan tajuk ‘Pengoperasian Sekolah Secara Selamat dan Kondusif’. 

RTM Papar Inisiatif Kerajaan Untuk Keluarga Malaysia dalam Program Bual Bicara Terbaharu INKLUSIF

Seterusnya pada 30 September ini bersama-sama tetamu YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Hj. Musa (KKMM) dan 1 Oktober pula menemu bual YB Datuk Seri Faizal Azumu (KBS).

Program yang dihoskan secara bergilir oleh pengacara Zaleha Khairene, Andy Reza dan Hazel Desmond ini telah pun memulakan siarannya pada 27 September dengan mengundang ke studio YB Dato’Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan perkongsian tajuk ‘Mencerdaskan Semula Ekonomi Secara Pragmatik’, dan juga YB Dato’Sri Hj. Fadhillah Hj Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya (KKR) mengenai fokus berkaitan “Memperkasa Infrastruktur Negara”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Musibah Menimpa Ketika Mendaki

Apple Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Inovatif Untuk Tahun 2021