in , ,

Bicara Sukan Terbaharu RTM, SPORTS PLUS Lebih Komprehensif

Sisi menarik dan perkembangan terkini sukan antarabangsa dan tanah air dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam program bual bicara sukan terbaharu, “Sports Plus” setiap Selasa, pukul 9.00 malam menerusi saluran Sukan RTM (Myfreeview 111) dan TV Okey (Astro 146 / Myfreeview 110).

Disiarkan secara langsung, program yang berkonsep bual bicara santai ini memaparkan laporan sukan secara lebih komprehensif 360° melibatkan perkembangan semasa sukan tempatan. 

Menampilkan hos Nana Al-Haleq dan A’izuddin Nizam Shah secara bergilir, program ini sebagai platform buat atlet dan badan sukan secara eksklusif untuk menyampaikan informasi terkini dan sahih sesuai untuk semua lapisan penonton dan peminat sukan tanah air. 

Ia diwarnai dengan segmen Santai Sukan yang berkongsi perspektif dan pandangan tentang topik dibincangkan bersama dua tetamu undangan samada di studio atau pun secara maya dan diikuti segmen Segalanya Sukan yang menyorot trivia mengenali top 5 atlet yang mempunyai pingat emas paling banyak dalam sejarah Olimpik). Melengkapkan program ini segmen Sana Sini Sukan iaitu rangkuman aksi sukan sepanjang minggu tanah air.

Program Sports Plus

Topik-topik yang menjadi pilihan termasuklah memperkatakan tentang “Atlet Kahwin Atlet: Kalau Jodoh Tak Ke Mana”, bersama atlet undangan Mohamad Arif Abdul Latif (Bekas Pemain Badminton Negara) dan Siti Nor Suhaida Jafri (Tekong Takraw Wanita Negara).

Ada juga perbincangan tentang topik “Hoki &Ragbi: Terlalu Lasak Untuk Wanita?” bersama tetamu-tetamu, Hanis Nadiah Onn (Pemain Hoki Wanita Negara) dan Nur Izzah Azizan (Pemain Ragbi Wanita Negara).

Bersama-sama hos A’izuddin Nizam Shah mengundang tetamu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini (Bekas Pelumba MotoGP Negara) dan Nur Atikah Azwar (Pemilik Pasukan Tuneboss Pink Racing Team (Cub Prix) mengutarakan topik ‘Sukan Permotoran, Sukan Kayangan?’ yang tidak kurang menariknya.

Seterusnya bersama tetamu, Adli Hafidz Mohd Pauzi (Petinju Profesional Negara) dan Hayatun Najihin Radzuan (Atlet Sukan Seni Tempur Campuran MMA), untuk memperkatakan tentang topik “Bertarung nyawa demi karier”.

Ikut banyak lagi perkongsian dan perkembangan terkini sukan tanah air dan antarabangsa dalam program terbitan Unit Sukan TV RTM ini.

Bagi mereka yang terlepas siarannya untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slam | 17

Konsert Slam Mentari Muncul Lagi Pada 12 Februari 2022 di Dewan Plenari, KLCC

Trending Viral Hiasan | 18

vivo Malaysia Bakal Bawa Masuk vivo V23e, Sebuah Telefon 5G Baharu