in , ,

Drama RTM Terbaik Khas Rai Hari RTM Ke-75

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghimpunkan telefilem-telefilem terbaik terbitan Unit Drama TV RTM yang pernah menyentuh hati penonton dalam meraikan sambutan ulang tahun RTM ke-75 pada 1 April ini.

Telefilem yang pernah mengisi slot Panggung RTM ini menariknya bakal menemui penonton TV1, TV2 dan TV Okey dalam bulan April ini. Ikuti siaran telefilem bertajuk “Sesekali” dan “Tiga Penjuru” yang masing-masing disiarkan pada 1 April ini, pukul 8.00 pagi dan pukul 11.30 pagi. Ia diikuti tayangan telefilem “Lalang” pada 2 April ini, pukul 8.00 pagi. Kesemuanya disiarkan menerusi saluran TV2. 

Penonton TV1 pula menyiarkan tajuk “Pendoa Yang Ikhlas” pada 10 April ini, pukul 9.00 malam dan esoknya, “Di sisi”, pukul 9.00 malam. Manakala sebuah lagi bakal menemui penonton TV Okey pada 11 April ini, pukul 3.00 petang iaitu “Rekah”.

Realiti kehidupan ditonjolkan pada watak Amrin dibawakan oleh pelakon Beto Kusyairy yang melalui suka duka kepayahan dalam membesarkan anak setelah kematian isterinya. Begitu juga nilai kasih sayang dan keikhlasan hati lelaki bernama Adeng lakonan Azhan Rani terhadap anak angkatnya, Wahyudi. Karya arahan Hisyamudin Ahmad bertajuk “Sesekali” ini diadaptasi daripada puisi dengan judul sama karya Siti Zaleha Hashim yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2006. 

Drama RTM Terbaik Khas Rai Hari RTM Ke-75

Lakonan mantap Beto Kusyairi menyerlah dalam “Tiga Penjuru” yang berkongsi penceriataan dihadapi sebuah kelaurga dek kerana perbezaan pendapat antara si bapa dengan anak lelakinya tentang keberkesanan perubatan tradisional dan juga moden. Ia turut dibintangi oleh Bella Paloma, Mubarak Majid, Zarina Zainuddin dan Khai Sbri. 

Prinsip jati diri mewarnai penceritaan telefilem “Lalang” lakonan Syazwan Zulkifly, Sasqia Dahuri, QI Razali, Ooi Teck Wooi, Hasnul Rahmant dan ramai lagi. Karya arahan Hisyamudin Ahmad dan skrip oleh Mazlan Mana. Kisahnya berlatarkan sekitar tahun 1942 era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Mengisahkan Embong (Syazwan Zulkifli) dan Ah Heng (Lenny Ooi) cuba mengelak diri mereka dari dipergunakan. Mereka tidak sanggup menjadi lalang yang terpaksa mengikut arah.

Tajuk “Pendoa Yang Ikhlas” pula berkongsi kehidupan Haji Tamin sebagai seorang imam dan jurunikah. Selain itu, beliau juga sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti politik. Urusan keluarga dan anak-anak digalas oleh isterinya yang sentiasa menyokong minat dan kecenderungan beliau. Akan tetapi, langit tidak akan selalu cerah. Apakah yang membuatkan Haji Tamin terlalu berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai imam dan jurunikah? Saksikan lakonan Bohari Ibrahim, Zahiril Adzim, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, dan Azman Hassan.

Drama “Di Sisi” yang telah diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) naskhah arahan Wan Afzam Wan Daud yang turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Ruzaidi Rahman), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Penyunting Drama Terbaik (Izar Mazuri). Ia mengangkat kisah ketabahan seorang anak berdepan dengan ayah yang panas baran dan lumpuh separuh badan.

Akhir sekali dibawakan tajuk “Rekah” kisah seorang tukag ukir bernama Hayat yang mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya. Dia tinggal di bawah kolong dan cuba memahami hikmah hidup. Ia lakonan mantap Khir Rahman, Soffi Jikan, Fauzi Sulaiman, Vanida Imran, Chew Kin Wah, Sobri Anuar, Zaidi Omar, Idris Mat Diah dan Rashid Jaafar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hijjaz, Pasya, Kmy Kmo & Lucka Sickta Bergabung dalam Lagu TIADA KATA SECANTIK BAHASA Suntik Irama Nasyid Rap & Rock

“Datang Atas Urusan Perniagaan, Ada Masa Aku Luangkan Bersama Isteri”