in , ,

RTM Lancar Jelajah Ramadan RTM 2021 Edisi Ke-9 di Angkasapuri

Program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) RTM bagi edisi ke-9 kini kembali. Setelah setahun tertangguh disebabkan penularan pandemik COVID-19, Program Jelajah Ramadan RTM telah pun bermula 8 April lalu berterusan hingga 9 Mei depan.

Tahun 2021 menyaksikan penganjuran program ini dengan pembudayaan norma baharu melalui penjelajahan 6 laluan utama meliputi 24 lokasi yang akan diisi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak.

Dengan tema “Sucinya Ramadan”, pelancarannya telah berlangsung meriah pada 8 April lalu bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri yang dilakukan secara flag off berserta dengan aktiviti lain pada hari tersebut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Ybhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Ybhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek (tengah) melancarkan Program Jelajah Ramadan RTM 2021

SELANGORfm menerajui laluan pertama dan antara aktiviti yang dilaksanakan ialah menyantuni artis-artis veteran melalui sumbangan dana Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).

Diawal penganjuran program ini, Radio Televisyen Malaysia meletakkan matlamat penganjuran Jelajah Ramadan sebagai satu platform terbaik dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia selain mendekatkan diri dengan masyarakat melalui aktiviti turun padang di seluruh negara.

Pelaksanaan program ini turut menjalin kerjasama antara RTM dengan pertubuhan serta agensi yang secara tidak langsung memberi peluang usahawan-usahawan kecil menjana kembali ekonomi mereka kesan daripada penularan pandemik COVID-19.

Lokasi  Jelajah Ramadan SELANGORfm  ialah ke Projek Perumahan Rakyat  Lembah Subang 2. PPR Lembah Subang 2 menjadi pilihan kerana ia di diami oleh 40 penggiat dan pemain Industri Kreatif yang terjejas pendapatan akibat PKP. 

Jelajah Ramadan 2021_2

Berkolaborasi dengan Puspanita Cawangan Kementerian komunikasi Dan Multimedia (PCKKMM), dimana turut hadir Penaung Puspanita Cawangan KKMM YBhg Datin Norlin Shamsul Bahri (isteri YBM Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia-YB Dato’ Saifuddin Abdullah) dan Pengerusi Puspanita Cawangan KKMM, YBhg. Datin Sri Hajjah Hairani Mohd Tajudin dan AJK Puspanita Cawangan KKMM. Juga turut bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor yang diketuai oleh YBrs. Abdul Basith Hamid, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf. Hadir sama Puan Syazariah Majidi, Pengarah Penyiaran Selangor.

Pemberian barangan keperluan harian & Bakul Kasih PCKKMM (sumbangan Ramadan), sumbangan wang tunai, pengisian rohani oleh penceramah jemputan merupakan aktiviti sepanjang Jelajah Ramadan SELANGORfm 2021M/1442H.  

Untuk rekod, Jelajah Ramadan RTM telah bermula sejak 2012 dan telah mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai program tanggungjawab sosial korporat terpanjang di Malaysia merangkumi lebih 38 aktiviti di seluruh negara.

Program Jelajah Ramadan RTM Edisi ke-9 2021 akan melibatkan stesen radio RTM peringkat ibu pejabat, negeri dan tempatan untuk tempoh 23 hari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dakwaan Ada Pihak Menyamar Sitizoners, Ini Teguran dan Komen Siti Nurhaliza

Hael Husaini Bernasyid Dalam ‘NURAGA’