in ,

12.8 Juta Kadar Tontonan Rasmi Dan Penyampaian Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2021

Program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Salam Baitullah 2021, musim ke -13 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Julai sehingga 20 Julai lalu yang disiarkan secara langsung di TV1, Saluran Berita MyFreeview 123 dan juga RTM Klik.

Sepanjang 16 episod berlangsung Salam Baitullah menerima sambutan amat menggalakkan daripada para penonton.     

Sepanjang 16 episod siaran langsung, program ini telah mencatat 12.8 juta kadar tontonan rasmi. Manakala Penstriman Langsung menerusi Facebook Salam Baitullah  dan RTM Klik pula mencecah 1 juta penonton.   

Ini adalah petunjuk signifikan walaupun ketika pandemik Covid-19, Salam Baitullah berjaya menambat hati penonton dengan bertemakan, “Suatu Kerinduan”.  

12.8 Juta Kadar Tontonan Rasmi Dan Penyampaian Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2021

Salam Baitullah berjaya membawakan kandungan yang ditunggu-tunggu daripada penonton berdasarkan tiga segmen utama program iaitu, Segmen Al- Bayan, Khabar Tanah Suci dan Segmen bersama selebriti. Dalam pada itu kekuatan dua pengacara terkenal iaitu  Al Fadhil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Al Fadhil Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin (Kumpulan UNIC) melalui penajaan daripada Olive House. Di samping itu segmen Facebook Salam Baitullah juga menerima tontonan menggalakkan daripada hosnya iaitu Heliza Helmi. 

Tambah menarik hati penonton, terdapat 3 kuiz yang ditawarkan setiap musim (Kuiz Harian & Kuiz Terkumpul di TV dan Kuiz Harian di Media Sosial). Hadiah bernilai RM300 berupa produk keluaran Olive House untuk Kuiz Harian TV & Medsos. RM15,000 berupa wang tunai secara keseluruhan harus dimenangi dengan penyertaan Kuiz Terkumpul.

12.8 Juta Kadar Tontonan Rasmi Dan Penyampaian Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2021

Seramai 13500 penyertaan kuiz selama 15 episod menjadikan jumlah keseluruhan harian dan kuiz terkumpul ialah sebanyak RM42 Ribu. 

Berikut adalah Pemenang Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2021 :   

RTM akan terus menyajikan pelbagai rancangan bermutu kepada penonton setianya pada masa hadapan.

RTM “Teman Setia Anda”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kaka Azraff Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Sinopsis Drama SIAPA JAGA MAK Papar Inspirasi Kisah Benar Dari Singapura