in , ,

Dato’ Fazley Yaakob Jelajah India Sempurna Misi Rancangan KETUHAR ANTARABANGSA

Penyanyi dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob, meluangkan masa terbang jauh ke negara India menjalani rakaman program masakan, “Ketuhar Antarabangsa siri 2” untuk berkongsi pengalaman dan ilmu masakan dimiliki 13 cef terkenal di sana.

Uniknya menerusi program ini, Fazley bersama-sama cef jemputan di India saling bertukar menu citarasa Malaysia dan India.

Sedang bersiaran setiap Rabu, pukul 10.30 pagi di TV Okey (AStro 109),program ini membawa penonton menjelajah Chennai, India menyediakan pelbagai jenis menu makanan menyelerakan untuk dikongsi semua. Bermula dengan cara penyediaan, dilengkapkan dengan pencuci mulut daripada buah-buahan berkhasiat mengikut citarasa tempatan.

Ketuhar Antarabangsa siri 2

Dato’ Fazley Jelajah India Sempurna Misi Rancangan KETUHAR ANTARABANGSASiri 2 di TV Okey (Astro 109)

Penggemar makanan tradisi India berpeluang mengetahui penyediaan resipi daripada cef Srinath memasak ‘Paneer Tikka Lababdar’ dihasilkan daripada puri tomato, gajus dan paneer, iaitu sejenis makanan keju pepejal menjadi bahan utama makanan itu. Makanan kedua yang dipaparkan ialah ‘Chettinad Lobster Fried’ atau Udang Kara Goreng. Akhir episod Dato Fazley sendiri menyediakan makanan ringan yang dipanggil ‘Pisang Karamel bersama Bungah Lawang’. Pisang tempatan menjadi bahan asas dalam penyediaan makanan ringan ini.

ketuhar antarabangsa 2

Kemudiannya bersama-sama chef Janarthanam menyiapkan ‘Kariveppilai Iral’ atau udang goreng berempah, dan ‘Spicy Coconut Fish Curry’ (kari ikan kelapa). Ia diikuti penyediaan kek coklat berperisa cili daripada Fazley sendiri menggunakan cili merah menjadi satu daripada bahan utama untuk membuat kek ini.

Episod seterusnya bersama-sama chef Duttatrey Singh menyediakan ais krim ‘Nitro Mango Froyo‘ dengan cara ‘Molecular Gastronomy’ iaitu menggunakan prinsip-prinsip kimia, fizik dan biologi untuk menghasilkan bahan-bahan baharu daripada yang asal. Gas Nitrogen cecair digunakan untuk membekukan pepejal mangga dalam menghasilkan ais krim ini. Resipi kedua Rasam atau sup India yang digaul dengan nanas dibekukan yang menghasilkan ais krim rasam. Turut dimasak ‘Mahab’s Fish Fried dan Bubur Epal dan Pear 3 Rempah.

mencari manisan di India

Ada juga dikongsikan resipi Ayam Lada Limau Kasturi, dan Rava Fried Fish iaitu kepingan ikan tenggiri digoreng dengan tepung Rava yang digaul dengan telur ayam juga cara-cara membuat kek cawan berempah yang ringkas dan lazat.

Kunjungan Fazley di Karnataka, India Selatan sempat singgah di muzium yang mempamerkan artifak tradisional negeri itu. Seterusnya Chef Shrinath memberi penerangan mengenai resipi campuran India dan Mexico yang dipanggil ayam Tikka Quesadilla De Mexica. Chef Michael pula menunjukkan penyediaan makanan ikan panggang ala negeri Kerala di India. Segmen akhir menunjukkan makanan ringan yang disediakan ‘Keriah Kayu Manis Gula Melaka’.

menu India dalam program ini

Pernahkah anda mendengar karipap buah-buahan? Kongikan resipinya dalam program ini yang menggunakan pisang masak dan tepung Atta menjadi bahan asas makanan ringan ini. Chef Sivakumar menyediakan kari ikan Mahas dimasak tanpa santan. Fazley menyediakan kuih manisan Negeri Sembilan yang dipanggil Puteri Mandi Kelapa Bakar. 

Kembara di Chennai diteruskan dengan Chef Duttatrey Singh membuat makanan ‘fusion’ iaitu ‘Dhokla Shaak’. Nitrogen cecair digunakan untuk menjadikan makanan ini rangup dan keras. Beliau juga menyediakan minuman campuran Mangga, Lasi dan Kelapa yang dipanggil Ammus Bush. Chef Anbu pula menunjukkan penyediaan Eral Masala atau udang yang dimasak dengan rempah-rempah. Di akhir episod ini pengacara turut menyediakan Nangka Goreng dengan Krim Saffron.

penggambaran di India

Fazley sempat bersiar-siar di Pantai Marina, di Chennai, India Selatan. Kemudian beliau melihat Chef Janarthanam membuat kuih ‘Neer Urundai’ yang dikukus. Chef Rathakrishnan menyediakan makanan laut ‘Chetinad Crab Kek’ atau Kek Ketam. Istimewa ditunjukkan cara  penyediaan ‘Waffle Kunyit dan Madu Limau Nipis.’ Ia merupakan makanan Amerika yang berperisa India.

Episod berikutnya Chef Srinath memasak ‘Nalli Thar Kurma Kambing.’ Kemudian hos berjumpa dengan Chef Michael yang menunjukkan cara-cara memasak ‘Kadamba Thokku’ dan diakhiri penyediaan ‘Creme Brulee’ berempah. Resipi Perancis ini cuba disesuaikan kepada cita rasa tempatan.

Ketika di Jalan Beach, Chennai juga, Fazley mengunjungi tugu-tugu peringatan orang kenamaan dan pembesar negeri itu. Episod ini menerangkan tentang menu nasi bebola ala Itali dan India yang dinamakan ‘South Indian Arancini Rice Bowl.’ Chef Sivakumar pula menunjukkan cara memasak ‘ Chettinad Crab Masala’ atau ketam berempah. Fazley menunjukkan cara membuat kek pisang goreng. 

Kesempatan ada digunakan melawat stesen kereta api Chennai yang dibina semasa zaman penjajahan. Ia diikuti menunjukkan penyediaan ikan goreng atau ‘Meen Poriyal’ berempah. Seterusnya Chef Barathadasan menunjukkan gorengan ikan yang bernama ‘Kothamalli Meen Varuval’ di mana isi ikan Mahi dan daun ketumbar menjadi bahan utama. 

Fazley turut melawat Muzium Tamil Nadu, di Bandar raya, Chennai di mana banyak artifak purba disimpan di sini. Sementara itu, Chef Janarthanam membuat ‘Keema Kola Vadai’, sejenis kuih tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Tamil di India. Resipi kedua ialah makanan laut, ‘Vavval Fried’ atau Ikan Bawal Goreng. 

Akhir sekali Fazley menemui cef Manikandan yang menunjukkan cara membuat ‘Tender Coconut Pudding’ atau Puding Kelapa Muda. Chef Michael menyediakan Kari Ikan Karaikudi. Pelbagai rempah digunakan dalam penyediaan kari ini. Turut ditunjukkan penghasilan manisan ‘Bread Butter Pudding Kayu Manis.’

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Swingvy Celebrates International Women’s Day

Che Ta Mahu Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Bekas Pemandu