in , ,

RTM Siar Filem Thailand, SUDDENTLY TWENTY di TV2

Bayangkan pada usia anda yang sudah berusia, anda diberikan peluang kembali ke usia muda. Ketika itu juga peluang terbuka luas untuk mengejar cita dan impian yang diidamkan selama ini. Pastinya momen-momen manis sebegini diidamkan semua orang. Namun tidak semua orang bertuah untuk memilikinya.

Kisah ini dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam filem Thailand bertajuk “Suddently Twenty” lakonan Davika Hoorne, Saharat Sangkapreecha, Kritsanapoom Pibulsonggram, Neeranuch Patamasood dan Rong Kaomoonkadee pada 1 Mei ini, pukul 10.00 malam menerusi TV2. 

Ikuti cerita nenek bernama Parn yang mahu menjadi penyanyi. Namun hajatnya tidak kesampaian sehinggalah ke tua. Dia hanya bekerja di kedai minum, selalu pelupa, bergaduh dan main cakap lepas saja orangnya. Dia amat berbangga dengan anak lelaki tunggalnya, seorang pembantu profesor di sebuah universiti. Menantunya sering terasa hati namun terpaksa bersabar. 

Hinggalah satu hari Nenek Parn ingin dihantar ke rumah penjagaan orang tua apabila isterinya masuk hospital dan dikatakan berpunca dari neneknya yang suka cakap lepas. Nenek Parn amat sedih dan buat- buat tidak tahu sahaja. Dia termenung di stesen bas dan tiba- tiba terlihat kedai gambar dan mahu mengambil gambar terbaik untuk majlis pengebumiannya nanti. 

RTM Siar Filem Thailand, SUDDENTLY TWENTY di TV2

Namun kemudian dia mendapati wajahnya berubah 50 tahun lebih muda. Ketika dia menyedari dan ingin ke kedai itu semula ternyata kedai itu tidak wujud. Dia terpaksa menerima keadaanya seperti itu dan berubah seperti orang muda dikenali sebagai Cik Parn.

Seseorang menawarkannya menjadi penyanyi namun dia terpaksa menolak setelah melihat cucu lelakinya bernama Boom turut ada di sana. Dia terus berlari menyorokkan muka dan tidak sempat dikejar lelaki yang ingin mengambilnya sebagai penyanyi itu.

Cik Parn kemudian dicari Boom untuk ditawarkan menjadi penyanyi utama kugiran mereka dan akhirnya mereka terkenal kerana kesedapan suara serta rentak yang menarik. Mereka menyertai ujibakat dan diterima serta harus membuat persembahan di Young Blood yang merupakan sebuah rancangan televisyen yang terkenal.

Pada masa yang sama, rahsia itu diketahui oleh Chian yang merupakan peminat Cik Parn sejak kecil apabila Chian mengesyaki Cik Parn yang menyewa bilik di rumahnya ada kaitan dengan kehilangan nenek Parn dan mula menyelongkar bilik sewa itu. 

Setelah mendapati benar banyak barang nenek Parn di rumah itu, Chian inginkan penjelasan namun akhirnya dia sedar sendiri yang senyuman Cik Parn sama seperti nenek Parn ketika muda2 dahulu. Sejak itu, mereka berdua mula rapat. Akibat terlalu rapat serta dipengaruhi fikiran oleh Lumyai, kawan Chian, anak Chian memutuskan untuk menghalau Cik Parn dari rumah itu kerana tidak mahu dia mempunyai hubungan sulit dengan ayahnya.  Dia tanpa ada pilihan memutuskan untuk tinggal di rumah penerbit muzik itu untuk sementara waktu.

Kemuncaknya apabila kugiran mereka akan menyertai konsert besar namun malangnya Boom terlibat dalam kemalangan dan kehilangan banyak darah. Namun konsert yang mulanya hendak dibatalkan, diteruskan juga atas permintaan Cik Parn kerana itu lagu tulisan Boom. 

Ketika di hospital, Cik Parn menawarkan dirinya untuk menderma darah kerana dia satu satunya yang mempunyai darah yang sama dengan Boom. Meskipun tahu kesan dari memberi darah itu, dia akan menjadi tua, dia tetap ingin menderma. Lalu apakah kesudahannya? 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Kuasakan Minat & Kreativiti dalam Seni & Muzik untuk Rising StarsMalaysia

Lagu Raya Tahun 2021, HARI RAYA KITA Jadi Taruhan Najwa Latif, Semoga Raya Anda Lebih Meriah