in ,

Sukan Extreme Dalam X-TREM PESONA

Seringkali penglibatan dalam aktiviti sukan ‘extreme’dikaitkan dengan golongan lelaki. Hanya sebilangan kecil yang menonjolkan cabaran penglibatan wanita dalam aktiviti sukan yang dianggap ‘extreme’ dan mencabar kudrat kaum hawa ini.

Begitupun menerusi program “X-Trem Pesona”yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 23 September ini, setiap Ahad, pukul 11.30 malam di TV1menonjolkan sisi berani dan kecekalan wanita melakukan sukan lasak yang dimonopoli kaum lelaki sebelum ini. 13 episod program ini menampilkan hos Ruzana Ibrahim, yang mengetengahkan antaranya penglibatan dalam sukan ‘luncur layar’ atau ‘wind surfing’, ‘paragliding’, ‘free diving’, Mixed Martial Arts (MMA), perlumbaan rally, ‘parkour’, Pelumba Cub Prix, ‘rock climbing’, ‘Crossfit’ (kombinasi jimnastik, angkat berat, berdayung dan gerakan sehari-hari seperti squat, tarikan, larian serta melempar), ‘Paintball’ juga ‘Drift’.  

ruzana ibrahim ... HOS

Cabaran Wanita Lakukan Sukan Extreme Dalam “X-Trem Pesona” Di TV1 

Episod pengenalannya menemubual Cik Geh Cheow Lin, wanita muda yang terlibat dalam sukan ‘luncur layar’ atau ‘wind surfing’. Beliau berkongsi penglibatan dalam sukan ini dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk menyertai sukan ini. Selain itu, beliau menerangkan mengenai pencapaiannya sehingga sekarang dalam sukan ini dan harapannya untuk bakal peluncur layar tempatan.Turut dipaparkan temubual dengan ibu bapanya, Encik Geh Thuan Tek dan Puan Yeap Siew Poh serta jurulatihnya Encik Zainal Misran.

POSTER X-TREM PESONA

Ikuti temubual bersama Nadiah Wafa yang menyertai aktiviti sukan ‘paragliding’, iaitu sukan terbang dan berbeza dari ‘skydiving’. Kesempatan bertemu dengannya di Kuala Kubu Bharu dan membincang mengenai penglibatan gadis ini dalam aktiviti yang mencabarkan ini. Hos juga telah bertemubual dengan ibu bapa Nadia. Selain itu salah seorang jurulatih Nadia iaitu Kapten Mohd Arif Ibrahim juga ditemubual mengenai perwatakan, semangat dan kebolehan Nadia dalam bidang ini. Kemudian hos dan Nadia bersama-sama membuat ‘paragliding’ dari Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu yang terletak 1400 kaki dari paras bumi.

Kenali Irfa Sharafina yang melakukan aktiviti sukan ‘free diving’ sebagai hobinya. Dia bekerja di di Pulau Perhentian, Terengganu sebagai juruselam atau ‘diving instructor’. Irfa berkongsi mengenai minatnya dalam aktiviti air seperti ‘scuba diving’ dan ‘free diving’. Dia juga menerangkan tentang ciri-ciri ‘free diving’, cabaran yang dihadapi dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan aktiviti ini. Selain dari itu, hos juga telah temubual Daeng Munajat seorang ‘free diver’ yang memuji azam dan kegigihan Irfa untuk menyertai aktiviti ini. Hos juga telah menyertai Irfa untuk cuba melakukan ‘free diving’ di Pulau Bidong.

Menarik perkongsian episod bersama tetamu undangan Sabrina Rafiz yang menyertai Mixed Martial Arts (MMA), seni mempertahankan diri yang merupakan gabungan pelbagai seni pembelaan diri dan diaplikasi sekali gus pada masa yang sama dalam pertarungan. Sabrina berkongsi pengalaman beliau serta beberapa aspek sukan ini seperti latihan, peralatan, disiplin, regim makanan (diet regim) dan risiko kecederaan. Turut ditemubual ayah Sabrina dan jurulatih beliau. Hos dan Sabrina juga telah membuat latihan dan demonstrasi MMA ini dalam gimnasium.

Dekati individu bernama Gina Finanza yang menyertai sukan perlumbaan rally. Gina berkongsi cara beliau membahagikan masa antara minat dan keluarga. Ternyata sukan berpasukan ini memerlukan disiplin yang tinggi dan pelumba mesti seorang yang menepati masa. Setiap pelumba rally dibantu oleh seorang pemandu arah. Hos juga telah menemubual beberapa orang termasuk ibunya dan pelatihnya. Gina dan hos memandu kereta lumba dalam ladang kelapa sawit seolah-olah menyertai rally.

episod MMA

Kenali juga si gadis lasak pemilik nama Talitha Tan seorang penyanyi dan pemuzik yang juga merupakan seorang atlet sukan ‘parkour’, Siti Fatimah Husna, yang telah menyertai bidang permotoran dan telah mencatitkan nama sebagai Pelumba Cub Prix, dan Siti Nur Sarah merupakan atlet yang terlibat dalam sejenis sukan lasak, iaitu ‘rock climbing’ atau memanjat bukit batu-batan di kawasan terbuka. 

Turut dikongsikan kisah mengujakan Maslina Ismail, seorang atlet sejenis sukan digelar ‘Crossfit’ yang merupakan kombinasi jimnastik, angkat berat, berdayung dan gerakan sehari-hari seperti squat, tarikan, larian serta melempar. Diselitkan kisah Nurul Izzah yang terlibat dalam sejenis sukan x-trem ‘Paintball’. Ia diakhiri dengan episod yang mengundang Ow Yew San San yang telah menyertai ‘Drift’ selama empat tahun merupakan satu-satunya pelumba yang terlibat dalam ‘drift’ di Pulau Pinang. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Deja Moss Sah Bercerai Talak Satu

Lama Tak Dengar! Ini Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 5 Minggu Ke-4