in ,

Bangkitkan Semangat Hari Malaysia dengan Menonton RTM Pada 16 September Ini

Sempena dengan Hari Malaysia, Anda Boleh Tonton RTM Sepanjang Hari Pada 16 September Ini Bagi Membangkit Semangat Hari Malaysia 2021.

Dalam meraikan Hari Malaysia 2021 yang disambut pada 16 September depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus utuh bersama-sama menerbitkan dan menghadirkan program-program terbaik yang memberikan suntikan jati diri dalam setiap rakyat Malaysia. 

Tanggal 16 September ini dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang hari menerusi saluran TV1 dengan tayangan program-program terbitan RTM juga program dokumentari khas dari Sabah dan Sarawak yang kesemuanya berkongsi semangat perjuangan mempertahankan tanah air tercinta.

RTM membawakan telemovie menggunakan dialek Sarawak dalam tajuk “Perauk Tambang”, pukul 11.00 pagi. Kekuatan tiga watak utamanya Azam Pit, Mubarak Majid dan Elisha Sandha menghidupkan konflik drama kekeluargaan bila mana si ayah, Pak Tambang berkeras mahu meneruskan pekerjaannya membawa perahu tambang. Sebaliknya, anaknya Zamin mahu ayahnya berehat di rumah kerana dia mampu menyara ayahnya yang sudah berusia. Namun apakah kesudahan pergolakan keduanya? 

Bangkitkan Semangat Hari Malaysia dengan Menonton RTM Pada 16 September Ini

Dokumentari khas Sabah bertajuk “Perisai Timur Sabah” menemui penonton pukul 1.30 tengah hari yang memaparkan tanggungjawab dan amanah barisan hadapan (Maritime) sebagai benteng pertahanan negara di Timur Sabah. Ia susulan daripada krisis pencerobohan, penyeludupan dan PATI yang segalanya dillakukan demi keamanan negara. Pastinya penrkongsian ini sesuatu yang ingin diketahui ramai.

Menyusul pukul 2.30 petang, doku khas Sarawak iaitu “Sinergi 1963” yang memaparkan kronologi pembentukan Malaysia serta memperingati usaha pemimpin dan rakyat untuk terus hidup sebagai sebuah negara yang harmoni.

Program terbitan Hiburan TV RTM yang sememangnya mendapat tempat di hati peminat, “Borak Dulu #menangbersama”, pukul 7.00 petang dengan penampilan hos Khir Rahman dan Amin Idris berkongsi tajuk khas yang menonjolkan sambutan Hari Malaysia 2021 bersama tetamu undangan istimewa. 

Bangkitkan Semangat Hari Malaysia dengan Menonton RTM Pada 16 September Ini

Acara yang ditunggu-tunggu pastinya “Siaran Langsung Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2021”, pukul 8.30 malam yang dijadualkan bersiaran dari SICC Kota Kinabalu, Sabah. 

Paparan menarik diteruskan dengan program terbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM, “Perjuangan Semalam”, pukul 10.30 malam mengetengahkan pengalaman seorang polis hutan ketika terlibat dengan serangan Kalabakan selepas penubuhan Malaysia. Juga turut dikongsikan kisah keberanian dua orang pahlawan Sarawak, Bujang Berani melawan Komunis dan Rosli Dhobi menentang penjajahan British. 

Saksikannya siaran bila-bila masa dan dimana sahaja menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 Bakal Berlangsung Pada 13 November 2021 Secara Virtual

Ezad Lazim Sedih Tak Dapat Solat Jumaat Di Masjid