in

Kaedah Rawatan Perubatan Dalam Program INOMEDIK 2

Setiap penyakit ada ubatnya. Tambahan pula pada masa kini dengan teknologi yang semakin berkembang dan rawatan moden yang lebih baik, seorang pesakit itu berpeluang mengubati penyakit mereka.

Sebagai pemudahcara bagi anda yang ingin mengetahui dan mengikuti paparan terkini kaedah rawatan perubatan moden, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi program terbaharu bertajuk “Inomedik” mulai 17 September ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah harimenerusi saluran TV1.

Poster Inomedik

Perkongsian penyakit yang realitinya banyak dialami dalam kalangan keluarga dan insan terdekat kita sendiri, 13 episod program ini antaranya mengetengahkan tentang teknologi baru dalam rawatan pemulihan penyakit mata (katarak), ketumbuhan pada dinding usus (polip), implan gigi, rawatan melalui salur darah, pembedahan ligamen sendi (Anterior Cruciate Ligament, ACL), glaukoma, ‘Hyperthyroidism‘, barah usus besar, masalah ENT (sinus tersumbat, dan dengkuran), dan penyakit kulit. 

Moden, Terkini, Kaedah Rawatan Perubatan Dalam Program INOMEDIK 2 di TV1 

Dalam episod pengenalan tentang penyakit katarak mata dan menunjukkan teknologi baru dalam perawatan pemulihan penglihatan dengan penerangan doktor dan pakar oftalmologi.Dr Azlindarita, Pensyarah Perubatan dan Pakar Runding Oftalmologi dan Dr.Miswan, Pakar Runding Oftalmologi, Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn memberi penjelasan dan penerangan mengenai pembedahan ‘Phacoemulsification dan Lensx.’ 

Ikuti penerangan dua prosedur ‘Endoscopy’ dan ‘Colonoscopy‘ mengesan kewujudan ketumbuhan pada dinding usus dengan penerangan dan penjelasan oleh Dr Tan Soong Seng, Pakar Runding Gastrologi dari Pusat Perubatan Subang Jaya memberi penjelasan dan penerangan prosedur itu dengan bantuan visual sebenar dan daripada animasi komputer. Dr Chen Harn Chin pula memberi penjelasan mengenai Eus Endoscopic Ultrasound. Teknik ini membolehkan diagnosis yang lebih tepat khususnya bagi penyakit jangkitan, penyakit kuning dan barah Hempedu dan Kelenjar.

Seterusnya ditonjolkan juga tentang prosedur implan gigi, pembentukan gigi dan ‘bleeching’ gigi yang disertakan dengan penerangan doktor-doktor pakar gigi, dan prosedur perawatan melalui salur darah menggunakan Mesin Angio CT Hybrid yang menggabungkan fungsi kedua-dua mesin Angiografi dan Imbasan Tomografi berkomputer atau CT Scan. 

Penonton didedahkan dengan prosedur pembedahan ligamen sendi Anterior Cruciate Ligament, ACL. Prosedur ini menggunakan kamera kecil yang dimasukkan ke dalam sendi berkaitan untuk membuat pembedahan, juga pembedahan rawatan glaukoma oleh sorang doktor pakar menerangkan prosedur itu di samping memberi nasihat penjagaan mata.

Ikuti episod yang menerangkan prosedur pembedahan barah usus besar menggunakan alat pengesan dan ‘Stapler’, masalah penyakit mata yang dipanggil ‘Floaters’, penyakit ‘Hyperthyroidism ‘ dan pembedahan Tiroidektomi Robotik untuk merawat kelenjar tiroid. Seorang doktor pakar menjelaskan prosedur pembedahan robotik itu.

Penyakit yang seringkali dikesan juga tentang masalah ENT seperti sinus tersumbat, dengkuran dan bagaimana kebanyakan masalah ini boleh di ubati dengan penggunaan laser. Dua orang doktor pakar juga menjelaskan prosedur yang berkaitan dengan pembedahan yang menggunakan pancaran laser.

Perlu diketahui masalah dan penyakit kulit boleh dirawat dengan pancaran laser seperti Laser CO2 dan Fotona 4D, pembedahan pintasan jantung yang tidak perlu membelah dada dan memotong rangka tulang dada, dan masalah pendengaran dan cara-cara pemeriksaannya, termasuk teknologi yang di reka cipta oleh doktor-doktor pakar Hospital Universiti Sains Malaysia.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mohd Saddam Dinobatkan Juara R U Tough Enough? Asia Tenggara

3 Things You Didn’t Know Mexico Was Known For