in

Sinopsis Telemovie SYURGA KECIL KAMI

“Bila nak dapat anak?” Bagaikan sudah menjadi kebiasaan untuk orang bertanya kepada pasangan yang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.

Apatahlagi setelah melangkaui lebih lima tahun usia perkahwinan. Namun, buat yang bertanya itu, adakah mereka tahu bahawa persoalan semudah itu kadang-kala mengguris pasangan itu yang tiap bulan menanti kehadiran penyeri rumahtangga?

telemovie Syurga Kecil Kami

Dugaan Menanti Zuriat Dalam Telemovie SYURGA KECIL KAMI Di TV2

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama. Hakikatnya tiada satupun pasangan suami isteri yang telah Allah satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain.

Mengangkat kisah sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk “Syurga Kecil Kami” pada 5 Disember ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2 yang berkongsi perasaan pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat walaupun sudah lama mencuba untuk tujuan itu.

Menampilkan lakonan mantap Irdina Ridwan, Wan Sharmila, Falisia Crossley dan Zain Hamid, perjalanan plot drama ini bermula dengan watak utama sumai bernama Rizal yang berkahwin dengan Farah. Mereka merupakan pasangan kekasih dari zaman universiti lagi. Meskipun berkahwin atas dasar suka sama suka namun mereka merancang untuk membina kerjaya yang stabil sebelum mempunyai anak di mana Farah mengambil pil perancang.

Masa berlalu Rizal bosan setelah melihat rakan mereka sudah mempunyai keluarga dengan anak-anak. Timbul perasaan kecewa kerana belum dikurniakan zuriat kerana Farah yang masih belum bersedia untuk bergelar ibu dalam masa terdekat.

Konflik mula timbul dan Farah mengambil seorang anak angkat, Puteri yang menjadi yatim piatu setelah ayahnya meninggal dunia ketika terlibat dalam kemalangan dengan Farah. Farah rasa bersalah lalu cuba menebus kesalahannya dengan berjanji menjaga Puteri seperti anaknya sendiri.

Begitu Rizal tidak suka akan Puteri kerana beliau inginkan anaknya sendiri. Apatahlagi baginya dia mampu untuk memberikan zuriat sendiri cuma tindakan Farah yang terus-terusan ‘merancang’ tidak membolehkan mereka memiliki anak sendiri.

Kesudahannya Rizal mula berlaku curang dalam diam menjalin hubungan cinta dengan Nilam Sari, rakan sekerjanya. Keadaan menjadi huru-hara apabila Farah mengetahui akan situasi tersebut dan meninggalkan Rizal. Dia begitu kecewa dengan tindakan Rizal sedangkan pada masa sama Farah sudah bersedia mengandungkan zuriat suaminya itu.

Tidak lama kemudian, Rizal sedar akan kesilapan beliau dan berusaha mencari Farah dan Puteri untuk memohon maaf dan membina semula keluarga mereka setelah mengetahui yang Farah akhirnya mengandung.

Namun masihkah ada ruang kemaafan buat Rizal? Dapatkah dia meyakinkan isterinya itu yang dia sedar akan kesilapannya itu? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

babak dalam Syurga Kecil kami

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang HARI EKSPORT BELIA 2018

Salamiah Hassan Kecewa Lagu LAYARLAH KEMBALI Gagal Ke AJL33